Tuesday, March 3, 2015

Harta Pusaka: DAP minta Najib jelaskan kekayaan luar biasa.???

'Selasa, 3 Mac 2015 

Harta Pusaka: DAP minta Najib jelaskan kekayaan luar biasa.

Dari mana sebenarnya semua wang itu, tanya DAP kepada Datuk Seri Najib Razak hari ini selepas perdana menteri menafikan kekayaannya datang daripada peninggalan harta keluarga seperti penjelasan awal unit komunikasinya. 

Ketua publisiti kebangsaan DAP Tony Pua berkata, soalannya itu - meminta Najib menerangkan sumber kekayaan keluarganya yang berjumlah ratusan juta ringgit - sesuatu yang mendesak susulan pendedahan artikel New York Times (NYT) bulan lalu berhubung 'kekayaan luar biasa' keluarga terdekat perdana menteri. 

"Saya yakin perdana menteri setuju dengan saya yang tiadanya ketelusan dan dengan pendedahan dibuat mengenai kekayaan tersembunyi dan tidak begitu tersembunyi milik keluarganya, hanya akan menggalakkan banyak spekulasi tidak sihat tentang asal usul kekayaan luar biasa keluarganya," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur. 

Kekayaan perdana menteri menjadi tumpuan pada tahun-tahun kebelakangan ini selepas anak tirinya Riza Aziz melibatkan diri dalam dunia perfileman Hollywood dan menjadi penerbit bersama bagi filem Wolf of Wall Street, dibintangi pelakon terkenal Leonardo DiCaprio dua tahun lalu. 

Riza menjadi perhatian apabila membeli beberapa hartanah walaupun sebelum ini hanya seorang pegawai rendah di sebuah bank di London. 

Pua berkata, berikutan pendedahan itu, Pejabat Perdana Menteri memberi respons kepada laporan NYT itu mengatakan: 'tidak ada sebarang wang dibelanjakan untuk berjalan, atau barang kemas yang dibeli, atau dakwaan kandungan peti besi, yang pelik bagi seseorang yang berada pada kedudukan, tanggungjawab dan warisan aset keluarga perdana menteri'. 

Beberapa hari kemudian, empat adik Najib - Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir - mengeluarkan kenyataan menolak cakap-cakap mengenai banyaknya warisan yang ditinggalkan bapa mereka, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. 

Kenyataan mereka itu dibuat beberapa hari selepas NYT memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu yang dibuat susulan laporan yang anak tirinya membeli hartanah mewah di New York City.

Najib kemudiannya, dilaporkan Utusan Malaysia semalam, bersetuju dengan adik-adiknya dalam menolak sebarang cadangan arwah bapanya meninggalkan harta pusaka yang banyak, mengatakan perdana menteri Malaysia kedua itu seorang yang berjimat dan mempunyai integriti. 

Pua mendakwa, respons Najib itu sebenarnya tercetus susulan teguran adik-adiknya berhubung harta warisan keluarga itu. 

"Memandangkan sekarang perdana menteri menafikan harta itu datang daripada tinggalan aset keluarga, susulan laporan NYT itu, kita tertanya-tanya dari mana sebenarnya punca semua wang itu?" soal Pua. 

Pada 8 Februari, NYT membangkitkan mengenai kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho dan peranannya sebagai pelabur hartanah, yang melakukan transaksi dengan pelbagai pihak termasuk Riza. 

Low dilaporkan membeli sebuah apartmen mewah di Manhattan, dan sebuah rumah besar di Beverly Hills melalui syarikat cengkerang, dan kemudiannya menjualnya kepada Riza, tetapi ini kemudiannya dinafikan Low. 

Akhbar itu juga melaporkan, imej Najib terjejas susulan berita mengenai isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang berbelanja mewah membeli barang kemas dan beg tangan berjenama. 

Pua berkata, jika perdana menteri benar-benar percaya kehidupannya yang luar biasa dan gaya hidupnya yang mewah sekarang adalah semata-mata hasil jimat cermatnya, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau memperolehnya memandangkan pekerjaan beliau sebelum ini hanya sebagai menteri besar Pahang (1982-1986), menteri Kabinet (1986-2004) dan timbalan perdana menteri (2004 -2009) sebelum menjadi perdana menteri pada 2009. 

"Tidak kira drama di sebalik hubungan antara Jho Low, Riza, Najib dan isterinya yang mungkin sesuai dibuat skrip filem Hollywood, hakikat yang diperoleh daripada pelbagai laporan ialah keluarga perdana menteri mampu berbelanja dan memperoleh aset serata dunia bernilai ratusan juta ringgit," katanya. 

Najib, yang juga menteri kewangan, memotong peruntukan Bajet 2015 sebanyak 1.5% disebabkan hasil negara yang susut susulan harga minyak dan kelapa sawit yang rendah di tengah-tengah prospek ekonomi global yang suram. 

Perdana menteri yang berusia 61 tahun itu juga pernah meminta rakyat Malaysia 'mengikat perut' tetapi pada masa sama menghadapi kritikan kerana kekayaan ketara keluarganya dan perjalanan ke luar negara yang sering dibuat selama ini. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN'

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.