Thursday, March 26, 2015

GST: Laa.....tak ker gila! Telur sebiji 68sen, salah siapa? FMT Reporters


Perbezaan antara barangan keperluan dan kehendak seseorang berbeza, apakah kriteria pihak kastam membezakannya? telur_sardin_300Seketul sardin RM2.75 Hilang akal.

Apa lagi yang dapat dikatakan apabila terbaca laporan akhbar yang bertajuk “Harga telur ayam RM6.80 tidak munasabah.”

Semalam, SH Online melaporkan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) mendakwa terpaksa membayar RM6.80 bagi 10 biji telur ayam dan sardin tin kecil yang dulunya berharga RM2.50 sekarang RM5.50 setin.

Mengakui harga RM6.80 bagi 10 biji telur ayam adalah tidak munasabah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya memerlukan bantuan agar pengguna membuat aduan kepada kementerian supaya tindakan dapat diambil.

“Saya setuju harga barang itu tidak munasabah. Contoh kalau telur, sepatutnya dalam RM3 hingga RM3.50 bukan RM6.50 dan sardin dari RM2 jadi RM5.

Berbalik kepada harga telur dan sardin tadi. Bayangkanlah jika sebiji telur harganya 68sen (berdasarkan RM6.80sen untuk 10 biji) dan harga setin kecil sardin pula RM5.50 yang terdiri daripada tiga ketul kecil sardin atau mungkin juga dua ketul yang sederhana.

Harga seketul sardin itu jika dihitung adalah bersamaan antara RM1.83 dan RM2.75. Itu hanyalah harga telur dan sardin yang belum pun dimasak. Bayangkanlah berapa harga sebiji roti canai telur atau roti canai sardin? `

Saling menuding jari Jika itulah harga telur dan sardin, pastinya hanya golongan bergaji besar sahaja yang mampu menikmati kedua-dua makanan ini yang sememangnya kerap mengisi kabinet dapur golongan bergaji rendah dan sederhana.

Persoalannya sekarang, atas dasar apakah kebanyakan harga barangan telah dinaikkan? Belum pun selesai tuntutan orang ramai supaya harga barang keperluan diturunkan berikutan pengurangan harga petrol, kini kecoh kembali harga barangan semakin mahal menjelang GST.

Jika orang ramai menyalahkan Kerajaan dan membantah GST atas alasan harga barangan akan bertambah mahal, apakah kerajaan juga bertanggungjawab atas kenaikan harga barangan kebelakangan ini?

Memang diakui, penguatkuasaan jabatan atau kementerian terbabit boleh dipersalahkan. Tapi, bukanlah kesemua jabatan kerajaan mahu dipersalahkan. Menyentuh soal harga barang, pihak yang kerap kali dipersalahkan bermati-matian adalah Menteri dan Kerajaan, dan pastinya tempias sehingga ke Perdana Menteri.

Jarang sekali peniaga dipersalahkan. Jika ada pun, kesalahan akan diletakkan pula kepada pemborong. Masing-masing saling menuding jari. Apabila saling menuding jari, akhirnya pengguna yang dipersalahkan.

Salah pengguna sebab terus membeli barangan berkenaan. Pengguna disuruh memboikot, soalnya mampukah mereka berbuat demikian? Akhirnya, isu kenaikan harga barang lenyap seketika, sehingga tiba pula musim kenaikan yang baru, yang sering kalinya berikutan sambutan perayaan atau kenaikan harga bahan bakar. Masalah lalu lenyap, begitu saja.

Televisyen, peti sejuk tidak ada GST Hakikatnya, isu kenaikan barang memang datang dan pergi, timbul dan tenggelam. Setiap kali ia berlaku, pusingan saling menuding jari juga berulang. Contohnya, baru-baru ini soal tambang teksi yang naik serta-merta.

Memang tidak masuk akal. Apapun, keputusan sudah dibuat. Almaklumlah, pemandu teksi sudah memasang meter baru yang melibatkan kos kira-kira RM150. Soalnya, apakah cukup kenaikan itu bagi para pemandu, dengan keadaan sekarang ini?

Baru-baru Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)meminta agar elaun atau gaji kakitangan awam dinaikkan berikutan tuntutan kos saya hidup yang semakin bertambah dan menghimpit.

Bayangkanlah jika kerajaan membuat keputusan memenuhi permintaan CUEPACS itu? Pada fikiran anda, seandainya itu berlaku, adakah golongan pemandu teksi dan peniaga akan duduk diam tanpa menuntut kenaikan barang dan perkhidmatan mereka? Sejujurnya, mustahil sangat jika mereka tidak berbuat demikian.

Setiap kali harga barang naik, mereka menuntut dan dapat, golongan makan gaji tidak dapat berbuat apa-apa. Dan jika gaji mereka ini dinaikkan, para peniaga akan menuntut kenaikan dan menaikkan lagi harga barangan mereka. Pada 24 Januari lalu,

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy menyatakan bahawa harga set televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, seterika, pengering rambut, lampin dan minuman ringan dijangka akan turun dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tempe, telur puyuh ada GST Barang-barang tersebut dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan 10 peratus yang dimasukkan ke dalam harga jualannya, tetapi dengan GST dan kadar enam peratus yang menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada bulan April, akan menjadikan barangan tersebut lebih murah.

Bagaimanapun, menurut beliau, harga komputer, komputer riba, iPad, telefon bimbit, jam tangan dan kosmetik, termasuk gincu dan pengilat kuku, dijangka akan naik. Ini kerana barangan berkenaan tidak dikenakan cukai sebelum ini.

“Barang-barang ini akan tertakluk kepada kadar standard enam peratus GST,” katanya, lapor mStar Online. Antara senarai barangan yang disebut beliau tidak akan ada GST adalah untuk makanan keperluan seperti ayam, daging lembu, daging kambing, ikan, itik, ikan, telur, ikan bilis, beras, roti, sayur-sayuran segar dan buah-buahan, minyak kelapa, minyak masak kacang tanah, minyak kelapa dan susu bayi dan juga untuk petrol RON95, diesel, tol dan pengangkutan awam.

Tetapi barangan makanan bukan keperluan seperti sos tomato, sos cili, sos tiram, mi cawan, tempe, keju, marjerin, telur puyuh, minyak jagung, minyak zaitun, biskut, donat dan croissant coklat akan tertakluk kepada standard enam peratus GST.

Jadi kita lihat sajalah sekarang, barangan yang dikatakan tidak akan ada GST seperti telur, sudah dinaikkan harganya. Bagaimana pula sardin?

Apakah sardin keperluan atau kehendak iaitu makanan bukan keperluan? Memang sukarkan? Masalahnya mungkin sesetengah makanan adalah keperluan bagi seseorang tetapi tidak bagi yang lain. Begitu juga sebaliknya.

Apakah kriteria yang memastikan sesuatu makanan itu keperluan atau kehendak? Pengangkutan awam tidak ada GST, tapi pastikah tambang pengangkutan awan tidak akan dinaikkan?

Pastinya banyak lagi alasan-alasan lain yang akan diberikan dalam usaha menaikkan harga barang kelak lebih-lebih lagi sekiranya gaji kakitangan awam dinaikkan atau tibanya musim perayaan. Kata orang,

“Tunggu dan lihat” namun kita memang sedia maklum jawapan sebenar… mustahil!


Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.