Sunday, March 29, 2015

Dua lelaki Iraq ditahan cuba lancar serangan di KL


Dua lelaki Iraq (tengah) ditahan kerana kerana disyaki terbabit dalam rancangan melancarkan serangan terhadap pegawai dan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. FOTO ihsan PDRM


Kuala Lumpur: Dua lelaki warga Iraq yang disyaki anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) ditahan polis dalam satu serbuan di Jalan Ampang, di sini, Khamis lalu.

Suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam rancangan melancarkan serangan terhadap pegawai dan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suspek disyaki terbabit mengugut pegawai Kedutaan Arab Saudi di ibu negara.

"Suspek disyaki dari sel IS di Iraq yang turut dianggotai beberapa lagi anggota kumpulan militan itu.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek itu dan beberapa lagi anggota IS lain diarahkan ke Malaysia untuk melancarkan serangan berkenaan.

"Tangkapan dibuat selepas pemantauan oleh Bahagian Counter Terrorism sejak 10 Mac lalu," katanya kepada Harian Metro, petang ini.

Mengulas lanjut, sebelum ini suspek dikesan menetap di beberapa lokasi di sekitar Selangor dan Johor.

Menurutnya, suspek pertama berusia 39 tahun memasuki negara ini pada awal Februari tahun ini.

"Suspek kedua berusia 42 tahun didapati tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan.

"Siasatan masih berjalan untuk mengenal pasti saki baki anggota sel IS yang lain.

Beliau berkata, ini adalah kali kedua Kedutaan Arab Saudi menerima ugutan dari kumpulan yang disyaki ada kaitan dengan IS.

- hmetro

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.