Friday, March 27, 2015

" BILA DAH KANTOI GST SEBABKAN RAKYAT BAWAHAN TERBEBAN, AHMAD MASLAN BUAT U-TURN " - tikaq buloh






Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perniagaan kecil atau tidak mencapai nilai jualan RM500,000 tidak akan dikenakan GST, sekali gus memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk membeli barangan di kedai-kedai berskala biasa.

"Jadi apa yang hendak dirisaukan oleh orang biasa kerana GST kebanyakannya melibatkan orang kaya. Banyak kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, sektor kewangan, sistem pengangkutan, eksport dan barang makanan tidak dikenakan GST.

"Malah, pelbagai manfaat lain bakal diperoleh sekiranya GST dilaksanakan termasuk berlakunya penurunan harga barangan serta pengurangan kos perniagaan apabila pengilang dan pemborong sudah boleh membuat tuntutan daripada kerajaan," katanya ketika berucap dalam majlis taklimat GST dan isu-isu semasa kepada pemimpin pembangunan masyarakat di sini hari ini.

Ahmad berkata, GST merupakan langkah kerajaan menyusun semula struktur pencukaian negara supaya lebih cekap dan telus sekali gus mampu mengurangkan kerenah birokrasi, selain mengelak kejadian individu yang suka 'lari cukai'.

Tambahnya, pelaksanaan itu juga mampu memberi hasil atau pulangan lebih baik kepada negara, seterusnya dapat disalurkan kepada usaha menjana pembangunan negara dan membantu golongan yang memerlukan.

Selain itu katanya, GST dilihat sebagai salah satu mekanisme terbaik dalam merancakkan sektor pelancongan dan meningkatkan ekonomi negara apabila pelancong ketika ini membeli barangan di negara ini dengan kadar lebih murah.

"Tiga bulan sebelum GST dilaksanakan, kerajaan akan mengedarkan risalah panduan kepada pengguna yang akan memapar atau menyenaraikan nilai perbezaan terhadap harga barangan selepas GST berbanding harga terdahulu," katanya. Utusan Malaysia



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.