Monday, February 23, 2015

Tahan Datuk Seri Najib Razak, reman 7 hari untuk siasatan

C4 Altantuya: Tahan Datuk Seri Najib Razak, reman 7 hari untuk siasatan

Tahan Datuk Seri Najib Razak, reman 7 hari untuk siasatan

Saya cadangkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tahan Datuk Seri Najib Razak, mohon reman 7 hari untuk buat siasatan. 

Polis perlu bertindak terhadap dakwaan Sirul Azhar dan media antarabangsa yang telah membayangkan seakan Najib Razak terlibat atau bersubahat dalam kes pembunuhan zalim model Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Nama perdana menteri Malaysia, Najib Razak sudah terpalit dengan isu kes pembunuhan dan rakyat Malaysia berasa amat malu kerna mempunyai seorang perdana menteri yang didakwa rendah akhlaknya.

Saya amat berharap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar jangan asyik seronok bermain twitter dan hanya berani menahan serta menangkap rakyat marhaen sahaja.

Rakyat Malaysia sudah semakin jelak dengan tindakan double standard pasukan polis. Oleh yang demikian, dengan menjalankan siasatan terperinci, telus dan ikhlas dalam isu ini, diharap dapat memulihkan semula nama baik dan integriti pasukan polis, inshaaAllah.

Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.