Wednesday, February 25, 2015

RON95 kembali kepada harga Januari?

Desas desus bertiup kencang bahawa harga petrol berkemungkinan akan berbalik kepada harga pada Januari tahun ini berikutan harga minyak mentah dunia berada di paras yang sama awal tahun ini.

Keadaan itu berkemungkinan akan menjadikan harga RON95 naik semula RM1.90 seliter sekiranya kerajaan mengumumkan harga pasaran apungan untuk Mac.

Peningkatan harga bahan api itu, berbanding dengan apa yang dinikmati oleh pengguna pada bulan ini adalah disebabkan oleh penanda aras global Brent di mana harga mentah kini berlegar sekitar AS$60 (RM216.50) – berbanding kira-kira AS$48 pada bulan Januari.

RON97 juga dijangka akan meningkat setelah mencatatkan penurunan harga kepada RM2 seliter bulan ini. Perkara sama juga mungkin akan dikuatkuasakan kepada diesel yang mana harga terkini adalah RM1.70 seliter.

Perubahan harga bahan api itu bermula Disember tahun lalu setelah kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi minyak, yang berjumlah RM20 bilion setahun ketika harga minyak mentah dunia tinggi.

Lebihan bekalan minyak global yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengeluar minyak Amerika Syarikat menyaksikan harga minyak mentah dunia jatuh mendadak sejak Jun tahun lalu dan kemudiannya pulih bulan ini.

Walaupun pulih bulan ini, ramai penganalisis menjangkakan harga minyak mentah global kekal rendah pada masa akan datang dan mungkin akan terus jatuh pada bulan depan.

Ketika semakan semula Bajet 2015, kerajaan telah mengumumkan bahawa harga minyak mentah berkemungkinan akan berada di paras AS$55 sepanjang tahun ini. Sumber : share.getspotnews.com |


POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.