Monday, February 23, 2015

RM1,200: Amboi mahalnya dandan rambut kata Rosmah...!!

Putrajaya disaran membuat garis panduan untuk perkhidmatan rumah ke rumah bagi mengelakkan peniaga meletakkan harga sesuka hati, terutamanya selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenal. 

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor berkata tanpa kawalan harga, pengguna khususnya suri rumah akan terbeban. 

“Kita ini suri rumah tangga sering menjadi mangsa kepada orang yang seperti ini. 

“Dulu kita buat baju kurung RM500 boleh dapat, sekarang itu pun dah mahal,” kata Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). 

Rosmah berkata demikian dalam majlis penerangan GST anjuran BAKTI di pejabat badan itu di Kuala Lumpur hari ini. 

Beliau juga berkongsi pengalamannya sendiri berdepan kos mahal, seperti perkhidmatan penjagaan diri rumah ke rumah. 

“Sekarang ini bila saya nak cat rambut dekat rumah dia (pendandan) sudah caj RM1,200. Amboi mahalnya! “Kalau di kedai dia kata harganya berbeza. 

Dia (pendandan) kata mahal sebab home service,” kata Rosmah. Malah katanya mendandan rambut seakan-akan sesuatu yang mewah bagi suri rumah sepertinya. “Inilah perkara yang merisaukan kita suri rumah tangga yang tidak berduit dan yang tidak berpendapatan,” katanya. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan turut hadir dalam program itu. GST akan dimulakan pada 1 April depan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). 


Rakyat Marhaen

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.