Thursday, February 26, 2015

MP dakwa SPR seperti parti komponen BN - Memang Pun !!

 
 
MP Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar mendakwa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak seperti sebuah parti komponen BN kerana berdegil untuk meneruskan pendengaran awam berhubung persempadanan semula di Sarawak.

Menurutnya, SPR sepatutnya menghentikan pendengaran ke atas 64 bantahan tersebut bagi memberi laluan kepada semakan kehakiman yang difailkan ke atas proses persempadanan semula itu.

"Sewajibnya SPR menunggu keputusan semakan kehakiman ke atas cadangan persempadanan semula oleh SPR sebelum ini," katanya dalam kenyataan.

Menurut Izzah, SPR sewajarnya menunggu proses kehakiman ke atas persempadanan semula itu yang akan memaksa mereka mendedahkan  tatacara persempadanan semula.

"Pengerusi SPR harus dengan serta-merta mendedahkan maklumat penting dalam proses persempadanan semula di Sarawak.

"Ia termasuklah SOP (garis panduan operasi) yang diguna pakai dalam proses persempadanan, jika tidak (SPR) terpalit selama-lamanya dengan gelaran parti komponen BN yang ke-14," katanya.

Antara masalah yang dibangkitkan dalam cadangan persempadanan semula sebelum ini adalah kegagalan SPR menyenaraikan lokaliti mengundi seperti dilakukan pada tahun 2015.

Selain itu, bantahan juga timbul ke atas usaha SPR untuk memindahkan daerah mengundi ke satu kawasan parlimen, yang didakwa bertentangan dengan Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958.

Nurul Izzah juga mendakwa, SPR cuba menambah kerusi DUN tanpa menambah kerusi parlimen dalam cadangan persempadanan semula.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.