Monday, February 2, 2015

MASA UNTUK HASAN MALEK TURUN KE PADANG DAN BUKAN MAIN AYAM LAGI


Sekarang adalah masa terbaik bagi pemborong dan peniaga untuk menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak yang berlaku sebanyak tiga kali sejak kaedah pengapungan harga dilaksanakan bermula 1 Disember lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, dalam perbinca­ngan bersama pihak industri, perkara ini telah dibangkitkan memandangkan harga barang boleh diturunkan jika tidak ada pengambilan keuntungan berlebihan.

Menurut Hasan, dalam beberapa pertemuan yang diadakan itu, pihak industri daripada peringkat pengilang, pemborong, pembekal sehingga peruncit memberi reaksi positif terhadap gesaan ini.



“Beberapa barangan mungkin mengalami penurunan manakala harga barangan lain dijangka kekal. Ini yang dinyatakan pihak industri,” katanya .

Hasan diminta mengulas gesaan pelbagai pihak supaya para peniaga menurunkan harga barang berikutan penurunan harga petrol dan diesel berkuat kuasa hari ini.

Gesaan ini berikutan tindakan peniaga yang sebelum ini se­ring menjadikan alasan kenaikan harga minyak sebagai alasan untuk mereka menaik­kan harga barangan.

Dalam pengumuman semalam, harga minyak R0N95 kini dijual pada harga RM1.70 seliter berbanding RM2.26 pada 1 Disember lalu.

Sementara itu, Ke­tua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, orang ramai dinasihatkan menjadi pengguna yang bijak.

“Pengguna juga disaran menyemak harga lebih 130 barangan keperluan di portal rasmi KPDNKK sebelum melakukan pembelian. Lakukan perbandingan untuk dapatkan harga terbaik,” jelasnya.

LANTAK HANGPA LA....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.