Wednesday, February 25, 2015

Dimana keadilan perundangan Islam?

 
Anwar Ibrahim pernah berusaha membawa kes tuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk didakwa mengikut qazaf ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom telah membenarkan bantahan awal untuk membatal permohonan Anwar tersebut. 

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf. Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari 2010.
Baca seterusnya di sini . Kali ini pula, dia suruh pihak yang mahu membuat tuduhan jenayah qazaf supaya kaji dulu. 

Kenapa tidak batalkan sahaja permohonan Wan Ji Wan Husin sebagaimana yang dilakukan sebelum ini? Mungkin sedang menyediakan skrip untuk alasan yang lebih lucu? 

Anwat telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari 2010. Bukankah sepatutnya pihak menteri telah menyedari apa-apa kelemahan dan melakukan kajian mengenai peruntukan seksyen tersebut dengan menyertakan sekali jenayah liwat. 

Dimanakah keadilan sistem perundangan Islam sekiranya menuduh orang melakukan liwat tanpa bukti boleh terlepas begitu sahaja? Dan Jamil, janganlah pula nak memperbodohkan orangramai seolah-olah ada yang mahu menuduh qazaf keatas tuduhan mencuri....alahai Jamil! 

Qazaf kes Anwar: Kaji dulu enakmen, kata Jamil Pihak yang ingin membuat tuduhan jenayah qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengkaji enakmen berkaitan terlebih dahulu. "Semak balik Seksyen 41 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Selangor. 

Ada seksyennya. "Qazaf itu tuduh orang melakukan zina. Dia tak boleh sebut semua (berkaitan) qazaf. "(Contohnya) qazaf (kerana) mencuri, itu salah," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sekiranya kesalahan qazaf turut meliputif perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat. 

Jamil Khir bercakap kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan 2015 sempena sambutan Jubli Emas ke-50 Masjid Negara di ibu kota hari ini. Perkara berkaitan qazaf disebut dalam Seksyen 36, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. 

Ia merujuk kepada kesalahan menuduh zina tanpa empat saksi atau “iqrar” pasalah. Jika disabitkan kesalahan, seseorang boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau keduanya. Semalam, pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin membuat laporan jenayah syariah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Shafee. 

Ini kerana, Wan Ji berkata, semasa siri jelajah Liwat II, Shafee memberi kenyataan yang merupakan kesalahan qazaf kerana menceritakan mengenai.

al-Husseyn:
 
Tanyakan Kepada Jamil Khir Baharom: Bagaimana dengan Surah An-Nur Ayat 4:



HUKUMAN MENUDUH TANPA EMPAT ORANG SAKSI

"Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ." - Dari: ZAR ALI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.