Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Prosedur Operasi Standard
(SOP) untuk menebang hutan perlu diperketat bagi memastikan alam sekitar
tidak terjejas.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan-kerajaan negeri boleh menebang hutan tetapi perlu memastikan kelestariannya.
"Kita (mesti) memastikan peratusan tertentu di negara ini masih hijau. Kita mempunyai kayu balak berkualiti tinggi tetapi hanya boleh tebang dalam jumlah tertentu.
"Jika anda sudah tebang, anda perlu tanam semula atau lakukan sesuatu seperti itu," katanya dalam ucapan sebelum menerima sumbangan untuk usaha bantuan banjir bagi pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) Charity Golf Club di Kuala Lumpur pada Rabu.
"Keadaan akan menjadi amat teruk jika keadaan ini berterusan," katanya.
Terdahulu, Muhyiddin (atas) yang juga pengasas TSM Charity Glof Club menerima cek daripada Yayasan Hong Leong Foundation, Kuala Lumpur Kepong Berhad, Mammoth Empire Holdings Sdn Bhd, Perdana Park City Sdn Bhd dan Genting Malaysia Berhad berjumlah RM2.1 juta untuk usaha bantuan banjir.
- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.