Thursday, January 1, 2015

Temerloh: ‘Dah tak ada apa’ Oleh Nurul Huda Kosnon dan Mior Azlan Kamarulbaid

 

MERCU tanda Temerloh hampir lenyap ditenggelami air selepas paras air Sungai Pahang naik mendadak Temerloh: "Dah tak ada apa dah...rumah pun hanya nampak bumbung.

"Semua perkakas rumah, termasuk televisyen, mesin basuh dan perabot musnah ditenggelami air," kata Nik Mohd Zaihan Mat Ali, 35, yang mendakwa dia dan keluarganya hidup sehelai sepinggang selepas kediamannya ditenggelami banjir yang melanda Kampung Tebal, Seberang Temerloh, Rabu lalu.

Dia kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh bersama keluarga serta kira-kira 3,000 mangsa banjir di seluruh kawasan berkenaan.

Nik Mohd Zaihan yang juga bekerja sebagai penghantar barang berkata, dia mula menyedari air naik dan memasuki kediamannya selepas terjaga daripada tidur iaitu 8.30 pagi, 28 Disember lalu.

"Ketika itu, saya hanya terfikir anak dan keluarga sebelum meninggalkan kediaman 30 minit kemudian untuk menyelamatkan diri," katanya.

Katanya, dia dan isteri, Nurul Fatini Abdul Manan, 35, juga runsing memikirkan keadaan rumah tapi tidak mampu berbuat apa-apa selain reda dengan ketentuan Allah SWT.

"Anak kedua saya berusia tiga tahun turut menghidap lelah sejak berusia tiga tahun dan perlukan perhatian sepenuhnya. "Sejak dipindahkan di pusat pemindahan ini hampir setiap hari anak saya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Menurut bapa tiga anak itu, dengan pendapatannya yang tidak menentu dia buntu memikirkan keadannya sekeluarga terutama untuk membina semula kediaman selepas banjir surut. “Isteri tidak bekerja dan anak sulung saya berusia lima tahun akan memulakan sesi pra-sekolah tidak lama lagi.

"Saya tidak tahu apa nak buat. Bila tengok rumah mahu menangis rasanya kerana sampai sekarang pun bumbung rumah saja yang nampak," katanya.

Jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan angka 51, 263 orang dengan daerah Temerloh seramai 21,301 orang. NIK Mohd Zaihan. FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid

Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.