Kabinet mendapat penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi berhubung suratnya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan berkaitan
dengan Paul Phua, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman.
Anifah berkata, Zahid telah menjelaskan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
"Kita telah pun mendengar penjelasan diutarakan oleh beliau dan kita telah pun setuju menerima penjelasan-penjelasan yang telah pun diberikan," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan penjelasan yang diberikan oleh Zahid dan sebaliknya meminta wartawan bertanya sendiri kepada menteri dalam negeri itu.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.