Wednesday, January 21, 2015

'Suatu hari, jual burger juga menghasut'


Dalbinder Singh Gill, anak saudara kepada mendiang Karpal Singh, yang kemungkinan besar akan didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada Februari, tidak akan hanya memerap di rumah kerana bimbangkan perkara itu.

Mahasiswa 24 tahun itu kini memilih menjual burger buatan sendiri di gerai rakannya yang dikenali sebagai Abu Hassan di Persiaran Gurney, Pulau Pinang.

Beliau memilih bidang itu daripada membantu perniagaan hotel ayahnya di sebelah pulau.

“Dengan kadar tangkapan bawah Akta Hasutan di negara ini, suatu hari nanti mungkin menjual burger juga dikira menghasut,” katanya sambil ketawa ketika ditemui Malaysiakini di tempat perniagaannya itu malam tadi.

Dalbinder antara 20 individu pelbagai latar yang berdepan akta kontroversi itu tahun lalu, termasuk ahli politik, wartawan dan penceramah bebas.

Katanya, Jabatan Peguam Negara memaklumkan padanya berhubung kemungkinan beliau akan didakwa.

Katanya, beliau diberitahu perkara itu ketika menelefon jabatan itu bagi menuntut pemulangan iPhone5 dan iPad mini miliknya yang dirampas.

Beliau pada 1 Oktober tahun lalu ditahan bawah Akta Hasutan kerana tulisan di Facebook yang didakwa mempersoalkan hak bumiputera dan institusi beraja.

Dalbinder menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Timur Laut di Jalan Patani pada jam 10.45 untuk disoal siasat. Beliau dibebas dengan jaminan polis pada kira-kira jam 1.30 pagi.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.