Sunday, January 18, 2015

Sokongan Terbuka Utusan Kepada Hadi Awang

 

Tindak tanduk Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) semakin mencurigakan apabila bertemu dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bagi merangka kerjasama dan strategi untuk pilihan raya umum akan datang, kata Utusan Malaysia.

“Nampaknya perjuangan PasMa makin jauh menyimpang daripada perjuangan parti itu (PAS).

"DAP termasuk Lim Guan Eng banyak mengkritik, memperlekeh dan membantah hasrat kerajaan PAS untuk melaksanakan hudud.

“Di sebalik najis yang diberi oleh DAP kepada Pas, PasMa menghadiahkan bunga kepada DAP,” tulis Awang Selamat, suara rasmi akhbar itu.

Awang Salamat turut membangkitkan bagaimana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yangmembidas Pasma kerana mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu berhubung larangan menyertai NGO itu.

“Awang kasihan kepada PAS kerana makin ramai jadi 'duri dalam daging' dalam parti tersebut.

“Sejauh mana PAS berani untuk mengambil tindakan ke atas PasMa dan membersihkan parti itu, sukar ditelaah tetapi Awang tidak mahu ambil mudah Hadi.

“Kesabaran ada hadnya termasuklah dalam menghadapi penghinaan politik yang tidak henti-henti,” tulis Awang Selamat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.