SEMPENA MAJLIS PELANCARAN TABUNG AMANAH BENCANA BANJIR NEGERI KELANTAN
1. Majlis Pelancaran Tabung Amanah Bencana Banjir ini akan diadakan pada 18 Januari 2015 pada hari ahad bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Majlis akan bermula pada jam 4.30 petang hingga 6.00 petang.
2. Tabung Amanah Bencana Banjir ini pada asasnya telah ditubuhkan pada 29 Disember 2014 lepas dibawah subseksyen Akta Acara Kewangan 1957.
Tabung ini bertujuan untuk mengumpul dana bantuan segera daripada
pelbagai sumbangan kewangan seperti Kerajaan Persekutuan, Badan-Badan
Berkanun, Syarikat-syarikat Swasta, NGO dan orang ramai. Hasil sumbangan
ini akan digunakan bagi membantu mangsa-mangsa banjir dari sudut
bantuan segera berupa makanan, pakaian dan keperluan asas harian
termasuklah bagi membina rumah yang telah rosak akibat banjir.
3. Majlis Pelancaran ini akan melibatkan semua termasuk Menteri Besar Kelantan, Timbalan Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Pengerusi BBC, Ahli-Ahli Dewan Rakyat, pimpinan Kerajaan Negeri dan seluruh pegawai tadbir Kerajan dan kita telah menghubungi lebih daripada 100 penderma yang terdiri daripada Syarikat GLC Kerajaan Persekutuan, GLC Kerajaan Negeri, Syarikat Pelaburan dan Pelabur-Pelabur dari Kelantan, Syarikat Telekomunikasi, Pihak-Pihak Bank dan Anak-anak Syarikat Negeri Kelantan.

Kita juga turut membuka kepada semua
dermawan-dermawan, orang perseorangan dalam dan luar negara yang ingin
berbakti dan menghulurkan derma kepada mangsa banjir Kelantan.
4. Kita di peringkat Kerajaan Negeri telah bersetuju bahawa Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menyumbang sebulan gaji kepada Tabung Amanah Bencana Banjir ini dan juga semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri mereka akan menyumbang sebulan elaun mereka termasuklah Ahli Dewan Rakyat dari Kelantan, Ahli Dewan Negara dan YB Dato’ Speaker.
5. Disini, Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pelbagai bentuk bantuan serta bekalan kepada semua mangsa-mangsa banjir di Negeri ini.

Penghargaan khas kepada
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Pulau
Pinang, Kerajaan Negara Thailand, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan
Persekutuan, Pasukan Keselamatan, Tentera, Polis, Pertahanan Awam,
Bomba, Rela, Pihak Hospital serta Pasukan Perubatan, Ahli-Ahli Korporat,
Usahawan-Usahawan, Semua NGO, Pertubuhan-Pertubuhan Profesional,
Jabatan Amal, Sukarelawan dari Palestin, Thailand, Singapura,
Bangladesh, Emirates, Turki , Para Dermawan dari dalam dan luar Negeri
dan juga Orang Perseorangan.
6. Dan Kepada mana-mana pihak yang terus ingin berbakti dan menyumbang bagi pembangunan semula pasca banjir dan tidak sempat hadir bolehlah menyalurkannya ke:
TABUNG AMANAH BENCANA BANJIR NEGERI KELANTAN
Melalui akaun: Bank Islam Malaysia Berhad 03018010080024
Atas nama penerima: Tetuan Perbendaharaan Negeri Kelantan
USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 23 Rabiul Awwal 1436/14 Januari 2015

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.