Friday, January 30, 2015

Sidang Media MH370 Gempar Dengan Kehadiran Isteri Mangsa Nahas

 
DCA Batal Sidang Media MH370

Kemaskini : Khamis, 29 Januari 2015 4:38 PM




Sidang media maklumat terbaharu mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 dibatalkan pada saat akhir.
PUTRAJAYA: Sidang media Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengenai maklumat terbaharu berkaitan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang dijadualkan diadakan petang Khamis, dibatalkan.

Pengumuman itu dibuat setelah lebih sejam pengamal media menunggu di Dewan Serbaguna DCA di sini.

"Sidang media mengenai MH370 terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pengumuman baharu mengenai tarikh lain bagi sidang media akan dimaklumkan kemudian," kata seorang jurucakap kepada pengamal media.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014, hilang daripada radar sejam selepas itu ketika dalam penerbangan ke Beijing.


Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai operasi mengesan pesawat berkenaan, bertegas menyatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi.

Ketua Koordinator, Judith Zielke berkata, tugasan paling kritikal adalah untuk menentukan kawasan carian dan usaha berkenaan dijalankan oleh kumpulan pakar daripada beberapa negara.

Sehingga kini pencarian di bawah permukaan air telah merangkumi kawasan seluas 6,900 kaki persegi, yang menjangkaui keluasan Negeri Sembilan.
BERNAMA ‏@bernamadotcom   kemaskini....

Persidangan akhbar yang dijadualkan oleh Jabatan Penerbangan Awam bagi mengumumkan perkembangan kehilangan pesawat MAS #MH370 telah dibatal



 Sidang Media MH370 Gempar Dengan Kehadiran Isteri Mangsa Nahas



Kehadiran warga China yang mendakwa isteri mangsa nahas MH370 menggemparkan pihak media yang menunggu untuk sidang media di pejabat DCA, Khamis.

PUTRAJAYA: Sidang media Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) untuk memaklumkan maklumat terbaharu kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 gempar dengan kehadiran salah seorang waris mangsa nahas itu.

Kehadiran wanita warga China itu menarik perhatian wakil media yang hadir dan kebetulan ketika itu sidang media di pejabat DCA itu belum bermula.

Wanita berusia 29 itu mendakwa dia adalah isteri kepada salah seorang mangsa yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Dia yang memegang sekeping gambar yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat berkata: "Tolong kembalikan suami saya...."

Wanita itu mengeluarkan kenyataan media mewakili Voice370, iaitu kumpulan yang mewakili keluarga dan waris mangsa tragedi itu.

Menurut kenyataan itu, keluarga mangsa MH370 tidak akan menerima sebarang pengumuman atau pengisytiharan berhubung kehilangan pesawat itu sekiranya tiada sebarang bukti kukuh.

Selain wanita berkenaan, turut kelihatan isteri kepada pramugara MH370, Mohad Hazrin Mohamed Hasnan, iaitu Intan Maizura Othman yang hadir bersama anak bongsunya, Muhammad yang berusia lapan bulan.~Mstar


Pautan kekal imej terbenam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.