Dalam sebuah majlis makan malam mengumpul dana di Setiu beberapa hari
lepas, seorang hadirin telah bertanya mengenai kes Dr Qardawi yang
diancam untuk ditangkap oleh Interpol. Berikut adalah catatan dari
jawapn TGHH
1. Kes ini berlaku ekoran dari permintaan kerajaan Mesir melalui
Interpol yang mahu Dr Yusof Qardawi ditahan atas tuduhan bersubahat
dalam keganasan yang berlaku di sana.
2. Dr Yusof Qardawi adalah salah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin Mesir.
Beliau telah keluar dari Mesir sewaktu kerajaan Mesir melakukan operasi
besar-besaran menahan pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM) pada akhir 50an
atau awal 60an.
Antara tokoh IM yang berjaya ditahan waktu itu ialah
Syed Qutb dan Abdul Qadir Audah dan dijatuhkan hukuman bunuh, atas
kesalahan berjuang untuk menegakkan negara Islam di Mesir.
3. Perjuangan Islam di Mesir menurut pandangan kuasa besar dunia adalah
amat berbahaya, lebih bahaya dari Malaysia kerana Mesir merupakan sebuah
negara yang penting, yang menjadi laluan dunia menghubungkan tiga buah
benua melalui Terusan Suez. Kerana itulah Mesir amat diperlukan kuasa
besar dunia.
Mesir juga dalam sejarahnya tidak pernah menjadi pusat pemerintahan
Islam kerana lokasinya yang terancam. Pusat pemerintahan Islam adalah
Mekah, Madinah, Dimasyq, Baghdad dan juga Istanbul.
Namun rakyat Mesir
antara yang menyumbang kepada kemenangan Islam yang besar seperti Perang
Salib dan Perang melawan Tartar.
4. Interpol pula adalah organisasi polis antarabangsa (International
Police). Ia adalah satu bentuk kerjasama polis antara negara-negara yang
terlibat untuk memudahkan penangkapan penjenayah, dengan menyalurkan
maklumat identiti penjenayah kepada negara-negara tempat penjenayah
bersembunyi.
Tugas Interpol menangkap mereka yang melakukan kesalahan
jenayah, bukan kesalahan politik.
5. Walaupun Interpol boleh meminta negara anggota membuat tangkapan, ia
perlu mendapat persetujuan negara terbabit. Jika negara tersebut tidak
bersetuju, Interpol tiada kuasa untuk bertindak.
6. Lebih-lebih jika orang yang dituduh itu mendapat suaka politik di
mana-mana negara anggota, hak suaka politik itu tidak membenarkan negara
tersebut menyerahkan orang itu kepada negara yang menuntut.
7. Antara pemimpin Islam yang mendapat suaka politik ialah Khomeini,
yang mendapat suaka politik Perancis, Rashid Ghanoushi di England dan Dr
Said Ramadhan di Switzerland. Apabila Mesir menuntut mereka, kerajaan
negara tersebut melindungi mereka.
Dr Yusof Nada, Bendahari IM, orang yang lebih kanan daripada Dr Qardawi,
mendapat suaka di Geneva, Switzerland. Beliau siap menubuhkan Bank
Taqwa di sana dan telah menjadi seorang tokoh perniagaan yang berjaya
serta menyalurkan dana kepada banyak gerakan Islam dunia.
Apabila
Amerika menuntut beliau atas tuduhan membantu pengganas, kerajaan
Switzerland yelah mempertahankan beliau.
8. Akhbar Daily Mirror di UK pernah menuduh saya sebagai orang no.2
dalam Al-Qaeda, siap pampang gambar di dalam akhbarnya. Saya pergi ke UK
dan saman akhbar tersebut di mahkamah UK. Mereka tidak tangkap saya
kerana hak untuk membuat pembelaan di mahkamah.
Dalam perbicaraan, PAS dituduh menyokong dan membantu perjuangan
Palestin, membantu pengebom berani mati, menyalurkam senjata dan
sebagainya. Saya jawab, apa salahnya PAS menyokong perjuangan mereka?
Ahli parlimen British sendiri menyokongnya. Ahli Perlimen itu berkata
kalau saya jadi rakyat Palestin, saya juga akan jadi pengebom nerani
mati. Kenapa tak tangkap dia?
Saya juga menegaskan PAS bukan sebuah kerajaan. PAS hanya parti politik.
Untuk menyalur keluar senjata bukanlah perkara yang mudah kerana kita
tiada kuasa.
Akhirnya akhbar tersebut meminta maaf.
9. Israel juga pernah menyenaraikan kumpulan-kumpulan pengganas di dunia
termasuk Hamas dan Persatuan Ulama, tapi mereka sekadar boleh senarai
sahaja.
10. Dalam kes Dr Qardawi, Qatar memberikan suaka politik kepada beliau
dan mempertahankan beliau dari diserahkan kepada Mesir. Ini telah
mengakibatkan hubungan Qatar dengam Saudi, Emirates dan Mesir menjadi
tegang.
11. Oleh itu kita jangan bimbang kerana undang-undang masih menjamin
keselamatan Dr Qardawi. Jangan percayakan media sosial yang kata Qardawi
kena tangkap atau apa sahaja. Mereka tak tahu pasal undang-undang ini
semua.
12. Sebenarnya ini semua adalah langkah untuk melindungi Israel dan
melindungi luasa barat yang memiliki telaga-telaga minyak di rantau
teluk. Kebanyakannya dalam negara umat Islam.
13. Kita jangan merasa takut dengan apa yang berlaku. Islam mengajar
kita kalimah 'Allahu Akbar'. Kuasa Allah yang paling besar. Kuasa-kuasa
dunia hanya laksana debu yang halus dibandingkan dengan kekuasaanNya.
Kita diajar dalam tiap-tiap rakaat sembahyang, membaca Alhamdulillahi
Rabbil Alamin. Tuhan sekalian alam. Semua alam ini adalah milikNya.
14. Dan semua yang berlaku ini menunjukkan kepada dekatnya kebangkitan
Islam. Nabi SAW bersabda Islam bermula dalam keadaan dagang, dan akan
kembali dagang seperti permulaannya. Maka berjayalah orang-orang yang
dagang.
Islam dibawa oleh Nabi Muhammad bermula dengan keadaan orang tak kenal
apa itu Islam. Macam mana Islam nak disebarkan kalau dalam Mekah
sendiripun ianya telah dikepung? Tiba-tiba Islam berjaya menakluk dunia!
Dan hari ini Islam juga dilihat ditindas, tetapi percayalah ini semua
adalah proses Islam untuk kembali bangkit.
Gaya Peneroka
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.