Sunday, January 11, 2015

Polis jangan khianati agama dan negara Wartawan Sinar Harian

CHERAS - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan pegawai dan anggota polis tidak menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara. 

Musa HassanKatanya, jadikan al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai amalan di dalam hidup seharian.

"Jika tidak rakyat akan sentiasa memandang serong ke atas pasukan polis.

"Saya juga berharap agar lebih ramai lepasan tahfiz yang akan memohon menganggotai polis" katanya ketika memberikan ceramah pada program Maulidur Rasul Komuniti Surau Al Falah, Taman Kota Cheras, Fasa 4, hari ini.

Dalam masa sama, beliau menegaskan usaha membanteras jenayah bukan hanya diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja.

"Malahan komuniti masyarakat juga hendaklah membantu polis dengan memberikan maklumat aktiviti jenayah balai polis terdekat," katanya.

Sementara itu, beliau juga mengingatkan ibu bapa agar menerapkan sistem kekeluargaan Islam dengan memupukkan kasih sayang serta selalu memantau aktiviti anak-anak agar menghormati agama dan budaya kaum.

Katanya, ia akan mewujudkan masyarakat bersama membina kehidupan yang sihat dan suasana harmoni dalam negara.
 
 
Kedahlanie

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.