Bayaran pasport antarabangsa turun RM100
Bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia bagi
warga berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun diturunkan
daripada RM300 kepada RM200 berkuatkuasa hari ini.
Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Imigresen, kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji ialah RM100.
Permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) kekal percuma.
Serentak dengan itu semua permohonan pasport antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran RM100 adalah dimansuhkan.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.