Sunday, January 4, 2015
Nak Cover Pekung Sendiri Yang Hanyir, Sibuk Persoalkan Bontot Orang Berkudis!
Tak ker bengong namanya memperbodoh khalayak dengan bukti di depan mata?
Aku sendiri pun tertanya-tanya di mana Anwar. Dah jadi kambing takut airkah dia?
Tapi mana lebih utama, kehilangan seorang PM yang bertanggung jawab secara langsung kepada rakyat dengan seorang ketua pembangkang yang selalu menjadi bahan kutukan?
Utusan persoal kehilangan Anwar ketika negara dilanda banjir TMI - Published: 4 January 2015 Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan kehilangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang musibah banjir melanda negara.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan kehilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendakwa ketua pembangkang itu tidak bersungguh-sungguh mendekati mangsa banjir walaupun yang paling teruk terjejas ialah Kelantan yang diperintah Pakatan Rakyat (PR).
Kolumnis Awang Selamat berkata, kehilangan Anwar ketika negara dilanda musibah banjir tidak seiring dengan apa yang dilaungkan ketua pembangkang itu yang kononnya sebelum ini menganggap sebagai juara rakyat.
"Ada pembaca yang bertalu-talu bertanyakan, di mana ketua pembangkang Anwar Ibrahim berada semasa negeri-negeri Pantai Timur dilanda musibah banjir?
Ia bagaikan lagu nyanyian Taufik Batisha berjudul Awak Kat Mana yang kini popular dalam kalangan remaja," tulis Awang dalam Mingguan Malaysia hari ini.
"Macam-macam cerita yang didengar. Ada yang menyatakan beliau bercuti di luar negara tetapi sudah kembali dan dilaporkan melawat sekali ke Kelantan.
Yang pasti cerita di mana beliau, menjadi bahan perbualan yang panas.
" Membandingkan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam komitmennya meninjau keadaan dan bertemu dengan mangsa banjir, Awang berkata, Anwar pula menghampakan penyokongnya dengan menghilangkan diri. "Najib bertungkus lumus dan berulang kali melawat Kelantan, Terengganu dan Pahang termasuk menunaikan solat pada malam ambang tahun baharu di Tumpat.
Anwar pula di mana ketika itu? "Awang juga menjunjung kasih kepada Raja Melayu yang mencemar duli bersama rakyat ketika banjir. Sifat pengasih dan belas ihsan baginda sekelian, menyentuh perasaan mangsa-mangsa banjir.
Kalau terdapat kalangan baginda yang turun padang berkali-kali, di mana ketua pakatan pembangkang, sedangkan politikus perlu bekerja lebih keras
"Sememangnya banyak penyokong pakatan mengharapkan Anwar aktif tampil di pusat penempatan banjir tetapi nampaknya harapan itu tidak kesampaian," katanya.
Awang turut mempersoalkan Anwar yang selalu menyatakan dirinya sebagai bakal perdana menteri tetapi tidak proktif ketika rakyat dilanda musibah banjir.
"Kalau Anwar terbukti boleh kerap ke luar negara entah atas apa saja urusan, tentu beliau masih boleh luangkan banyak masa kepada prioriti yang betul, apa lagi musibah.
"Janganlah hanya kelihatan hebat untuk membakar sentimen rakyat di pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan bagi tujuan politik peribadi tetapi bersikap dingin ketika rakyat ditimpa kesulitan," katanya.
Sebelum ini, Najib mencetuskan kemarahan orang ramai dengan pendedahan laporan apabila beliau bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ketika rakyat berdepan dengan bencana banjir.
Ia menyebabkan perdana menteri itu akur dan bergegas pulang ke Malaysia pada 26 Disember lalu untuk meninjau keadaan banjir.
Bagaimanapun, bukan Najib saja dikecam, malah Anwar juga dikritik kerana dikatakan menghilangkan diri dan tidak memainkan peranannya ketika negara berdepan dengan banjir.
Mengulas mengenai perbezaan dua pemimpin tersebut Pengarang Kanan Utusan Malaysia Zukiflee Bakar berkata, tindakan Najib bermain golf bersama presiden Amerika Syarikat itu bukanlah secara suka-suka kerana ia bertujuan meningkatkan hubungan dua hala negara.
Katanya jika hendak dibandingkan, Najib jauh lebih mulia berbanding sesetengah pemimpin pembangkang yang pergi ke luar negara demi memburukkan nama Malaysia.
"Najib bermain golf dengan Obama bukanlah untuk suka-suka tetapi bagi meningkatkan hubungan dua hala dan membincangkan keselamatan serantau," katanya.
Zulkiflee menyifatkan tindakan Najib sebagai "diplomasi golf " - langkah seumpama itu iaitu bermain golf dengan pemimpin dunia dan pernah dilakukan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.
"Inilah yang disebut diplomasi golf satu pendekatan yang sengaja dilupakan pembangkang," katanya.
Katanya meskipun di sebalik kesibukan Najib, tetapi paling penting perdana menteri itu kembali ke negara selama enam hari berturut-turut menjelajah semua negeri banjir dan menunjukkan kerajaan amat komited mengenai musibah yang melanda itu.
"Inilah masalah pembangkang yang semakin bankrap isu dan muflis modal untuk meraih kuasa politik.
Mereka yang kononnya berjuang demi rakyat dan mencetuskan pelbagai isu atas nama rakyat hakikatnya hanya bijak bercakap saja. "Ini sama seperti ayam yang berkokok kuat tetapi ekor bergelumang dengan najis," katanya. –
4 Januari, 2014.
Posted by mountdweller
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.