Sunday, January 4, 2015

MUSIBAH BANJIR - AZMIN TAMPILKAN WAJAH PR

 



AZMIN, selaku MB Selangor setakat ini telah berjaya menanamkan sedikit keyakinan rakyat kepada kepimpinannya.

Anak didik Anwar Ibrahim ini sedikit sebanyak telah berjaya mengimplimentasikan cita-cita Ketua Umum PKR itu yang mahukan kekayaan Selangor dikembalikan kepada rakyat, bahkan boleh juga dinikmati bersama oleh rakyat di luar Selangor disaat-saat mereka memerlukan.

Musibah banjir baru-baru ini yang melanda di beberapa negeri khususnya di Pantai Timur dan kini merebak ke Selatan, termasuk Malaysia Timur telah memberi kesempatan kepada kepimpinan Azmin di Selangor untuk membuktikan bahawa PR mampu merentasi sempadan politik sempit.

Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan berjumlah RM 1 Juta, manakala lain-lain negeri seperti Pahang, Terengganu dan Perak masing-masing mendapat RM 100 Ribu.

Hanya Kelantan yang dikuasai oleh PAS, manakala lain-lain negeri kesemuanya di bawah Umno/Bn, namun tidak tertinggal untuk mendapat manafaat dari kemurahan hati Kerajaan Negeri Selangor.

Ada yang berpendapat adakah bijak Azmin menyalurkan peruntukan tersebut kepada negeri-negeri di bawah Umno/Bn sedangkan mereka mempunyai 'ibu-bapa' di Pusat yang lebih kaya raya?

Sebenarnya jumlah wang itu tidak penting tetapi apa yang tersirat di sebalik bantuan yang diberikan.

Kita ingin memberikan contoh kepada pihak musuh politik kita bahawa tidak selama-lamanya kita mesti berfikiran kolot dan sempit. Politik lebih dinamik dan sihat mesti dimulakan apatah lagi apabila melibatkan isu keselamatan rakyat.

Konsep PR yang ingin melahirkan kerajaan yang berkebajikan harus ditampilkan dan Selangor serta Pulau Pinang telah memainkan peranan itu.

Apakah tindakan Selangor itu bererti wujud 'UG' di antara PKR dan Umno/Bn? Jauh sekali.

PKR bukan parti yang berahi sangat untuk bersama rejim. Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dengan beberapa negeri di bawah Umno itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerana demi rakyat. Itulah yang PR mahu Umno/Bn turut lakukan.

Kita bukan mahu Umno/Bn ber'UG' dengan kita, tetapi kita mahu mereka membantu dan berganding bahu demi rakyat. Bezanya dengan "UG' adalah objektif UG hanyalah kepentingan politik dan kuasa iaitu bergabung untuk mewujudkan kerajaan bersama atas berbagai alasan yang diberikan termasuklah kononnya untuk kepentingan Melayu Islam.

Kerajaan Selangor tidak ber'UG' dengan Umno/Bn.

Kerajaan negeri di bawah Azmin Ali cuba merealisasikan Konsensus Nasional walaupun setakat ini hanya bertepuk sebelah tangan.

Konsensus Nasional (KN) bukan berpaksikan kerajaan camporan atau gabungan PKR/Umno, tetapi merentasi sempadan politik dengan terus berbuat kebajikan kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik. PKR tetap PKR dan PKR komited dengan PR.

Umno tetap Umno dan ianya terus bersama BN dan parti ini tetap musuh nombor wahid kita di dalam politik.

Apakah kerana mereka musuh politik, maka kita mesti menghukum rakyat keseluruhannya? PR mesti membela nasib rakyat tanpa mengira siapa mereka.

Nampaknya usaha MB Selangor sekarang ini berjaya meningkatkan imej PR di mata rakyat.

Begitu juga Kerajaan Negeri P.Pinang. Kepimpinan DAP di P.Pinang sedikit pun tidak terguris dengan berbagai gelaran yang diberikan oleh beberapa pihak.

Isu Hudud bukan ada kaitan dengan DAP untuk tidak membantu Kelantan yang dilanda musibah. DAP ada pendirian, begitu juga PAS ada prinsipnya yang tersendiri.

Namun DAP tidak melihat isu tersebut untuk melupakan dasar PR iaitu rakyat mesti dibela dan dibantu. Azmin juga tidak lagi melayani karenah beberapa pihak yang kelihatan seperti ingin menjejaskan tumpuannya terhadap negeri Selangor.

Isu apa pun mesti ditangani berasingan, tetapi tugas dan tangungjawab yang diamanahkan mesti dipikul tanpa alasan. Mereka ada sebab untuk mengkritik Azmin, tetapi Azmin juga ada sebab untuk meneruskan kerjanya.

Semoga rakyat akan dapat menilai bahawa PR sebenarnya mampu mentadbir negara ini jauih lebih baik dari Umno/Bn.

Kita telah buktikan.



Dicatat oleh WFAUZDIN NS

Get your own Poll! Ahad, 4 Januari 2015 MUSIBAH BANJIR - AZMIN TAMPILKAN WAJAH PR AZMIN, selaku MB Selangor setakat ini telah berjaya menanamkan sedikit keyakinan rakyat kepada kepimpinannya. Anak didik Anwar Ibrahim ini sedikit sebanyak telah berjaya mengimplimentasikan cita-cita Ketua Umum PKR itu yang mahukan kekayaan Selangor dikembalikan kepada rakyat, bahkan boleh juga dinikmati bersama oleh rakyat di luar Selangor disaat-saat mereka memerlukan. Musibah banjir baru-baru ini yang melanda di beberapa negeri khususnya di Pantai Timur dan kini merebak ke Selatan, termasuk Malaysia Timur telah memberi kesempatan kepada kepimpinan Azmin di Selangor untuk membuktikan bahawa PR mampu merentasi sempadan politik sempit. Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan berjumlah RM 1 Juta, manakala lain-lain negeri seperti Pahang, Terengganu dan Perak masing-masing mendapat RM 100 Ribu. Hanya Kelantan yang dikuasai oleh PAS, manakala lain-lain negeri kesemuanya di bawah Umno/Bn, namun tidak tertinggal untuk mendapat manafaat dari kemurahan hati Kerajaan Negeri Selangor. Ada yang berpendapat adakah bijak Azmin menyalurkan peruntukan tersebut kepada negeri-negeri di bawah Umno/Bn sedangkan mereka mempunyai 'ibu-bapa' di Pusat yang lebih kaya raya? Sebenarnya jumlah wang itu tidak penting tetapi apa yang tersirat di sebalik bantuan yang diberikan. Kita ingin memberikan contoh kepada pihak musuh politik kita bahawa tidak selama-lamanya kita mesti berfikiran kolot dan sempit. Politik lebih dinamik dan sihat mesti dimulakan apatah lagi apabila melibatkan isu keselamatan rakyat. Konsep PR yang ingin melahirkan kerajaan yang berkebajikan harus ditampilkan dan Selangor serta Pulau Pinang telah memainkan peranan itu. Apakah tindakan Selangor itu bererti wujud 'UG' di antara PKR dan Umno/Bn? Jauh sekali. PKR bukan parti yang berahi sangat untuk bersama rejim. Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dengan beberapa negeri di bawah Umno itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerana demi rakyat. Itulah yang PR mahu Umno/Bn turut lakukan. Kita bukan mahu Umno/Bn ber'UG' dengan kita, tetapi kita mahu mereka membantu dan berganding bahu demi rakyat. Bezanya dengan "UG' adalah objektif UG hanyalah kepentingan politik dan kuasa iaitu bergabung untuk mewujudkan kerajaan bersama atas berbagai alasan yang diberikan termasuklah kononnya untuk kepentingan Melayu Islam. Kerajaan Selangor tidak ber'UG' dengan Umno/Bn. Kerajaan negeri di bawah Azmin Ali cuba merealisasikan Konsensus Nasional walaupun setakat ini hanya bertepuk sebelah tangan. Konsensus Nasional (KN) bukan berpaksikan kerajaan camporan atau gabungan PKR/Umno, tetapi merentasi sempadan politik dengan terus berbuat kebajikan kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik. PKR tetap PKR dan PKR komited dengan PR. Umno tetap Umno dan ianya terus bersama BN dan parti ini tetap musuh nombor wahid kita di dalam politik. Apakah kerana mereka musuh politik, maka kita mesti menghukum rakyat keseluruhannya? PR mesti membela nasib rakyat tanpa mengira siapa mereka. Nampaknya usaha MB Selangor sekarang ini berjaya meningkatkan imej PR di mata rakyat. Begitu juga Kerajaan Negeri P.Pinang. Kepimpinan DAP di P.Pinang sedikit pun tidak terguris dengan berbagai gelaran yang diberikan oleh beberapa pihak. Isu Hudud bukan ada kaitan dengan DAP untuk tidak membantu Kelantan yang dilanda musibah. DAP ada pendirian, begitu juga PAS ada prinsipnya yang tersendiri. Namun DAP tidak melihat isu tersebut untuk melupakan dasar PR iaitu rakyat mesti dibela dan dibantu. Azmin juga tidak lagi melayani karenah beberapa pihak yang kelihatan seperti ingin menjejaskan tumpuannya terhadap negeri Selangor. Isu apa pun mesti ditangani berasingan, tetapi tugas dan tangungjawab yang diamanahkan mesti dipikul tanpa alasan. Mereka ada sebab untuk mengkritik Azmin, tetapi Azmin juga ada sebab untuk meneruskan kerjanya. Semoga rakyat akan dapat menilai bahawa PR sebenarnya mampu mentadbir negara ini jauih lebih baik dari Umno/Bn. Kita telah buktikan. Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 10:00 PG Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.