JAYA: Episod kecam mengecam, tuduh menuduh, halau menghalau hingga tahap
saman-menyaman tanpa kesudahan boleh diibaratkan sebagai satu drama
sandiwara dalam pakatan pembangkang yang amat memualkan
Justeru tegas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Jamawi Jaafar tindak
tanduk parti-parti pembangkang ini seharusnya menjadi cerminan kepada
rakyat apakah pakatan ini boleh diletakkan harapan untuk menjadi
pentadbir di Putrajaya.
“Nampaknya bukan hanya sekadar rakyat mereka mahu tipu malah sesama
sendiri pun mahu bermain wayang. Jelas masing-masing ada agenda
tersendiri.
“Hakikatnya masing-masing cuba bermain helah antara satu sama lain.
Mereka hanya tidur serumah, sebilik dan sebantal namun mimpi pula
lain-lain,” lapor UMNO-Online.
Tambahnya, sebab itulah kita tidak pelik dengan tindak-tanduk mereka
baik daripada pimpinan Pas mahu pun Dap atau PKR itu sendiri kerana itu
adalah budaya mereka,.
Mengulas lebih lanjut Jamawi yang juga Ketua Pemuda Tenom seterusnya
berkata, jika budaya sedemikian diteruskan ianya kelak bakal memakan
diri mereka sendiri sekaligus membuka pekung yang sebenarnya.
“Kita dah lali dalam drama sandiwara sedemkian rupa dan kita juga
percaya rakyat pula sudah muak dengan gaya atau pendekatan politik
murahan seumpama ini,” ujarnya. FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.