SHAH ALAM - Pegawai Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang dihukum buang kerja oleh
Mahkamah Tentera baru-baru ini mungkin akan diambil bekerja di Pulau
Pinang.
Memetik laporan sebuah portal berita
hari ini, Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Rashid Hasnon dikatakan, sedang
mencari peluang pekerjaan bagi membantu bekas pegawai tentera itu.
Menurut Mohd Rashid, buat masa kini, pihaknya masih meninjau kekosongan pekerjaan di kawasan Bertam atau Tikam Batu.
"Dia adalah kawan rapat saya dan ini masanya untuk saya bantu rakan yang memerlukan.
"Kami akan mempertimbangkan untuk
menawarkan dia kerja dalam NGO mungkin," katanya seperti yang dipetik
menerusi laporan tersebut.
Mejar Zaidi dibuang kerja 12 Januari
lalu selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu
dakwat kekal semasa PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran
kerjanya, dua tahun lalu.
Zaidi mencetuskan kontroversi semasa
pilihan raya umum lepas Mei 2013 apabila beliau memberitahu media bahawa
dakwat kekal yang digunakan boleh dikeluarkan dengan mudah.
"Akan ada peluang untuk Zaidi di mana
beliau secara aktif boleh menyumbang kepada rakyat," kata Rashid, sambil
menambah bahawa pada masa ini tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.