Wednesday, January 21, 2015

Mayat ditemui rentung dipercayai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri - By canang

 
IPOH: Mayat yang temui dalam keadaan rentung terbakar di Lumut, Jumaat lalu dipercayai sebagai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dari Bukit Mertajam yang dilaporkan hilang.

Menurut sumber, perkembangan itu disahkan oleh ahli patologi berdasarkan rekod pergigian milik mangsa.

Sumber juga berkata, bedah siasat berdasarkan rekod pergigian itu dijalankan hari ini berikutan keadaan mayat yang semakin mereput.

"Kami bagaimanapun sedang menunggu laporan DNA bagi mengesahkan identiti mayat berkenaan, " katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam ketika dihubungi berkata, polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Siasatan sudah pun dijalankan sebaik mayat berkenaan ditemui Jumaat lalu," katanya.

Laporan sebelum ini menyebut, mangsa dilaporkan hilang sejak Rabu lalu dan kali terakhir dilihat dalam keadaan diikat dan dibawa menaiki kenderaan selepas meninggalkan sebuah pusat refleksologi di Bukit Mertajam.

Siasatan polis setakat ini mendapati, suspek datang kepada mangsa dengan menaiki dua kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kali terakhir dilihat menghala keluar di plaza tol Changkat Jering, Lebuhraya Utara Selatan.

Mayat mangsa kemudian dilaporkan ditemui kira-kira 200 meter dari jalan besar berhampiran Swiss Garden Resort dekat Lumut.

Mangsa juga dipercayai bekas tahanan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 yang sudah 
 
 
dimansuhkan.BH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.