Friday, January 23, 2015

Jangan menyesal kalau Umno kalah kata Sanusi Junid.

BEKAS MB KEDAH Tan Sri Sanusi Junid

SHAH ALAM – Veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid mempertahankan kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno yang disifatkannya sebagai teguran untuk kebaikan parti itu.

Dalam satu rakaman video dimuat naik di YouTube oleh Blog Parti Melayu, kelmarin, Sanusi berkata, pandangan Dr Mahathir mengenai perubahan yang diperlukan dalam Umno patut dipertimbangkan oleh pemimpin parti itu.

“Kalau pemikiran dia (Dr Mahathir) betul, macam mana? Kita menyesal nanti apabila kita kalah, waktu itu sudah terlambat.

Tun Mahathir barangkali dia tak mahulah dia dipersalahkan jika kita (Umno) kalah nanti, itu saja,” katanya dalam rakaman singkat bertajuk 'Antara Mahathir dan Najib' itu.

Menurutnya, konflik mula timbul kerana Dr Mahathir dan Najib yang juga Presiden Umno mempunyai pandangan berbeza mengenai cara memastikan survival parti itu. “Saya kenal (Dr Mahathir), dia memang nak Umno dan BN menang.

Cuma dia fikir dasar BN kena tukar, itu pandangan dia. Dia bukan nak BN dan Umno kalah. “Bagi Najib pula, dia nak Umno menang (tetapi) dia juga nak ada di situ (kekal dalam Umno),” katanya.

Sanusi yang pernah menjadi Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah berkata, kumpulan yang menentang pandangan Dr Mahathir adalah mereka yang ingin mengekalkan status quo, dasar dan pemimpin dalam Umno.

Sebaliknya, beliau berkata, Dr Mahathir lebih memikirkan kemenangan BN sama ada dengan menukar pemimpin atau dasar parti itu.

“Tapi saya nampak respons daripada pihak-pihak yang menyerang Tun Mahathir, mereka tak baca macam itu. “Tun Mahathir, Daim bukan nak jadi Perdana Menteri.

Mereka dah berumur, pernah jadi menteri dan Perdana Menteri,” katanya merujuk kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang turut mengkritik kerajaan secara terbuka. Menurut Sanusi, sebagai orang lama dalam politik, mereka ingin berkongsi pemikiran dan pandangan mengenai hala tuju parti itu.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.