Tindakan cerdik Rafizi telah membuatkan geng UMNO marah kepadanya. Dan hasil kemarahan itu pula telah mendedahkan satu rahsia mengenai penjualan tanah di Johor.
Terima kasih kepada Rafizi. Dan terima kasih kita ucapkan kepada geng2 UMNO. Usaha geng2 UMNO kita dok copy paste gambar, kenyataan dan link berita kat bawah neh tidak sia-sia kerana akhirnya aku berjaya menemukan satu rahsia yang aku tidak tahu. Dalam pada nak membalon Rafizi sekali terpecah pula rahsia sendiri.
Hadoi.
Kat mana nak cover neh woi.
KAH KAH KAH
Ini apa yang mereka giat copy paste ;
Rafizi Ramli Menipu Lagi Tuduh Pemaju China Beli Tanah Johor Bernilai RM2.4 Billion Dari Kerajaan
Hanya kerana nak 'divert' isu Datum Jelatek, Rafizi Ramli mungkin lebih rela dirinya disaman oleh kerajaan Johor atas fitnah mengenai penjualan tanah bernilai RM 2.4 billion kepada Iskandar Waterfront City Berhad.
Niat untuk memperbodoh penyokong PKR dengan nama 'Iskandar' dikaitkan dengan kerajaan Johor. YB Pandan, Rafizi Ramli ditangkap menipu lagi. Semalam di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau telah mempertikaikan kenapa Kerajaan Malaysia menjual tanah di Iskandar kepada syarikat hartanah dari negara China. Ini adalah penipuan terbesar Setiausaha Agong PKR. Tanah bernilai RM2.4 billion yang dikatakan dibeli dari Kerajaan sebenarnya dibeli dari Iskandar Waterfront City Bhd, sebuah syarikat pembinaan tempatan milik Rakyat Malaysia.
Walaupun nama syarikat tempatan berkenaan ada Iskandar, tidak bermakna ianya milik Kerajaan.
Syarikat berkenaan dimiliki oleh seorang taikun Cina tempatan, 'billionaire' Lim Kang Hoo. Kesemua tanah ini telah dibelinya pada harga murah semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Beliau mengambil alih RM200 juta hutang dalam agensi pelaburan negeri Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan menerima hak tebus guna tanah berkenaan sebagai pertukaran. Pembelian berkenaan berlaku pada masa kemelesetan ekonomi iaitu 9 tahun sebelum projek Iskandar dilancarkan pada tahun 2006. Kalau nak tahu cerita penuh, baca di sini, klik link dibawah..
http://www.propertyhunter.com.my/ news.php?id=816
Syarikat hartanah dari negara China membeli dari syarikat Malaysia yang memiliki tanah berkenaan secara sah, apa kaitannya dengan Kerajaan, wahai Rafizi Ramli? Rafizi Ramli mungkin cuba untuk mengalihkan isu penjualan tanah berkenaan untuk menutup isu Datum Jelatek di Selangor. Mungkin Kerajaan Johor boleh memikirkan untuk menyaman Setiausaha Agong PKR ini atas fitnah yang dilakukan olehnya.
Sumber rujukan : sini
Dan aku plak selepas terbaca komen tersebut maka laju selaju lajunya klik link rujukan yang dia sertakan.
Dan aku baca berita sampai HABIS. Ya. Sampai HABIS. Aku ulang lagi. Aku baca SAMPAI HABIS tau. Sampai HABIS.
Dan selepas aku baca sampai habis, aku dapati beberapa point penting terkandung dalam artikel berita berkenaan ;
1. Tanah yang dimiliki oleh syarikat Lim Kang Hoo dibeli pada nilai rm1.50 - rm3 kaki persegi pada tahun 1997.
2. Tanah itu juga telah melonjak kepada harga rm350 - 500 kaki persegi selepas tahun kemelesetan ekonomi berlalu.
3. Agak-agaknya ada ke orang biasa dibenarkan beli tanah pada nilai rm1.50 kaki persegi pada tahun 1997?
4. Dan dari siapa dia mendapatkan tanah itu pula?
5. Dari KPRJ = Kumpulan Prasarana Rakyat Johor. KPRJ menurut artikel berkenaan ialah agensi pelaburan kerajaan negeri. Syarikat Lim ambil alih hutang KPRJ 200 juta dan sebagai balasan syarikat Lim diberikan hak untuk tebus tanah.
6. Berita berkenaan turut melaporkan syarikat Lim memiliki sehingga 4,000 ekar tanah di kawasan strategik, wilayah Iskandar di Johor.
7. Dan Lim mempunyai hak untuk menebus atau menuntut semula (lagi) tanah di Johor.
8. Lim juga individu yang mencadangkan projek Iskandariah di Johor.
9. KPRJ juga kini bekerjasama dengan Lim untuk membangunkan Johor dalam projek wilayah Iskandariah.
10. KPRJ ada 40% saham dalam syarikat Iskandar Water Front Holdings, manakala selebihnya 60% dimiliki oleh Lim menerusi syarikatnya.
Oke. Tamat disini berkenaan artikel berkenaan. Untuk bacaan penuh klik je link yang geng UMNO sertakan di atas.
Point aku pula ;
- KPRJ rugi ke apa sampai hak milik hutang berpindah ke tangan syarikat Lim pada tahun 1997?
- Berapa banyak tanah sebenarnya yang syarikat Lim boleh tuntut hak milik dari KPRJ?
- Bukan kah ia sepatutnya menjadi kesalahan KPRJ yang gagal membayar hutang sehingga hutang diambilalih oleh syarikat Lim dan KPRJ terpaksa tawarkan hak tebus tanah sebagai balasan kepada syarikat Lim yang mengambil alih hutang ke macam mana?
- KPRJ pun ada saham juga dengan syarikat Lim untuk bangunkan wilayah Iskandar.
- So kat sini KPRJ pun secara tak langsung terlibat dan terkait la dengan penjualan tanah tersebut kepada syarikat China kan?
So, apa yang Rafizi salah sebut sebenarnya? Tak faham aku. Aku nampak korang yang kantoikan diri korang lagi ada.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.