Bekas pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Datuk Seri Dr Halim Shafie dilantik sebagai pengerusi baharu SKMM untuk
penggal dua tahun, diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk
Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini.
Sebelum menyertai SKMM, Dr Halim ialah ketua setiausaha Kementerian Tenaga, Air
dan Komunikasi selama 6 tahun.
"Saya dengan penuh gembira mengumumkan Datuk Seri Dr Halim Shafie bersetuju untuk berkhidmat semula," kata Ahmad Shabery.
"Tempoh khidmat beliau adalah selama 2 tahun dengan saya memberikan tugas spesifik untuk beliau laksanakan dan capai. Ini termasuk meneliti tadbir urus baik, yang selaras dengan usaha kerajaan untuk semua kementerian dan agensi," katanya. – Bernama, 11 Januari, 2014.
www.themalaysianinsider.com -
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.