Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan dilapor
berkira-kira menjadikan tunggul balak empat tan yang dihanyutkan banjir
di negeri itu sebagai “tugu peringatan”.
Perkara itu dilaporkan Utusan Malaysia hari ini, yang dilihat sindiran terhadap kepimpinan PAS negeri itu, yang aktiviti pembalakannya dikatanya antara faktor berlaku banjir besar.
Awang Selamat, suara rasmi Utusan, antaranya menulis bahawa Datuk Md Alwi Che Ahmad membawa pulang tunggul balak yang terdampar di depan balai polis simpang pekan Lakloh, Kuala Krai baru-baru ini.
“Tunggul balak itu adalah antara banyak batang balak yang dibawa arus banjir, dipercayai akibat hakisan di kawasan pembalakan dan penerokaan tanah secara berleluasa di Kelantan.
“Selepas keadaan banjir pulih, pada 2 Januari lalu,” ADUN Kok Lanas itu dilaporkan sebagai berkata.
Awang Selamat juga menulis, pihak bertanggungjawab ke atas penggondolan hutan secara berleluasa bernasib baik kerana tiada suruhan siasatan diraja bagi meneliti dakwaan itu.
Beliau membandingkannya dengan perundangan Barat yang cepat membawa pesalah ke mahkamah dalam isu sebegitu.

Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.