KOMENTAR
ada yang berkata
bahawa ada ramai blooger
dibayar oleh parti ketuanan melayu
ada berkata mereka jadi barua
united malays national organisation
buat kerja bukan kerana perjuangan
tapi carma - cari makan
rupa rupanya sah
ini fakta saheh
fakta ini bukan fitnah
fakta ini bukan tohmah
presiden parti gerombolan
ketuanan melayu mengakui
ramai blooger dibayar
tapi
ada pulak yang bangang
tibai parti sendiri
maka marahlah presiden parti
dari segi strateji
zam dan kadir ini
wajib disokong
Najib terlepas cakap blogger bangang,
dakwa blogger Umno
Tindakan Presiden Umno Najib Razak menyifatkan blogger yang menyerang
parti itu sebagai bangang adalah sesuatu yang tidak disengajakan dan
hanya terlepas cakap saja, dakwa A Kadir Jasin.
Wartawan veteran itu berkata senario hampir sama pernah berlaku semasa
Najib berhasrat mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 pada 2012.
"Ini adalah sifat Najib yang
sentiasa terlepas cakap misalnya beliau terlepas cakap dengan
menjanjikan pemansuhan Akta Hasutan tanpa berunding dengan partinya
sendiri," katanya 'menyindir' ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kadir berkata kenyataan Najib yang mendakwa blogger pro Umno bangang
semasa ucapan penggulungan Umno pada Sabtu lalu perlu difahami
masyarakat.
Katanya, ucapan berkenaan hanya dikhususkan kepada blogger yang dibayar Umno atau pihak yang berkaitan dengan parti itu.
"Najib merujuk khusus kepada blogger yang cari makan dengan buat blog.
Saya yakin yang dimaksudkan Najib ialah blogger yang dibayar Umno atau
pihak yang berkaitan dengan Umno.
"Asal-usul saya Umno tapi saya bukan blogger Umno. Zam juga asal usul
Umno tapi saya tidak yakin beliau dibayar Umno," katanya merujuk kepada
bekas Menteri Penerangan i Zainuddin Maidin.
"Tetapi saya dan Zam kedua-duanya kritikal terhadap Najib selaku presiden Umno dan perdana menteri,” katanya.
-
See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-terlepas-cakap-blogger-bangang-dakwa-blogger-umno#sthash.Qbgh6xM8.dpuf
KAH
KAH KAH
woit
najib kata zam bangang
najib kata kadir bangang
ini tak adil
napa tak cakap
madey juga bangang
kan madey ni blogger
blogger bernama cek dead
KAH KAH KAH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.