DUNGUN - Permulaan sesi
persekolahan 2015 di seluruh negara yang ditangguhkan selama seminggu
tidak perlu diganti, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
"Ia tidak perlu diganti
kerana ia masih dalam tempoh yang bersesuaian untuk persekolahan,
bukannya cuti persekolahan itu ditambah tetapi masalah tertentu kita
terpaksa tangguhkan.
"Kita harap ini akan disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan di sekolah-sekolah," katanya pada sidang media selepas
melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian
Mentangau dan SK Kampung Nyior di sini hari ini.
Turut bersama dalam
lawatan beliau ialah Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman,
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah serta Pemangku Setiausaha
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah. -
Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.