Published: 26 December 2014
Ahli akademik Mohd Ridhuan Tee Abdullah dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pagi ini.
Timbalan Pengarah
Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi Bernama di
sini mengesahkan Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat
Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Ridhuan memasuki Sarawak.
Bernama difahamkan Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam ini.
Beberapa pihak sebelum ini menyuarakan harapan mereka menerusi laman sosial, agar penceramah itu dihalang daripada memasuki Sarawak.
Seorang sumber yang dihubungi Bernama berkata: "Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) kurang setuju dengan kehadiran Ridhuan di Lundu malam ini, jadi majlis diarahkan untuk dibatalkan."
Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak di LTAK dan Lapangan Terbang Sibu, dan Adenan yang baru dilantik sebagai ketua menteri pada hujung Februari lepas pernah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini. –
Bernama, 26 Disember, 2014.
http://www.themalaysianinsider.com

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.