Thursday, December 25, 2014

Presiden PAS kata banjir besar sekarang 'CURAHAN RAHMAT dan REZEKI''?

 
Taktau la pulak kalau Presiden PAS nak bagitau banjir besar yang memusnahkan rumah dan harta benda malah ada yang hilang nyawa tu kita kena anggap banjir sebagai curahan rahmat dan rezeki.


Dah lama aku tak update blog aku ni, cadangnya nak aktifkan balik sempena tahun baru, tapi bila aku baca stement rasmi Presiden PAS yang pada aku sangat2 tak sesuai. aku tak boleh tahan, nak kena belasah jugak.

Aku taktau la kalau ada yang tak rasa ada ayat dalam statement rasmi tu sangat tak wajar malah pada aku sangat tak sesuai.
Aku sangat-sangat tak percaya bila baca ada ayat yang berbunyi:
Allah sedang menguji kita dengan curahan bermanfaat berupa rahmat dan rezeki.  - Portal PAS Pusat.
Macamana dalam keadaan cukup ramai yang menghadapi kesukaran dengan banjir besar ni tiba-tiba TG Presiden PAS boleh keluarkan kenyataan rasmi dengan ayat macam tu.

Dalam keadaan ramai mangsa banjir yang mungkin sedang kelaparan dan dahaga sebab bekalan bantuan makanan masih tak sampai  takkan kut kita nak suruh depa anggap hujan yang membawa banjir tu sebagai curahan rahmat dan rezeki.

Dalam keadaan cukup ramai yang sedang hadapi saat getir sampai tahap boleh mengancam nyawa malah dah ada pun yang hilang nyawa takkan kut kita nak suruh depa anggap hujan yang membawa banjir tu sebagai curahan rahmat dan rezeki.

Taktau la pulak kalau Presiden PAS nak bagitau banjir besar yang memusnahkan rumah dan harta benda malah ada yang hilang nyawa tu kita kena anggap sebagai rahmat dan rezeki.

Kat bawah ni aku kopipes keseluruhan kenyataan rasmi tu.
Gerakkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir
Banjir besar yang sedang melanda kebanyakan negeri ketika ini terhasil dari banyaknya taburan hujan dan tiupan angin monsun. Ia adalah sunnatullah ke atas alam ini sebagaimana firman-Nya:

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (al-Mukminun: 18)

Demikian itu perlu kita mengimani, bahawa situasi yang sedang berlaku ini adalah dengan Pengetahuan dan Kekuasaan-Nya. Allah sedang menguji kita dengan curahan bermanfaat berupa rahmat dan rezeki. Dia juga sedang menguji keutuhan iman kita dengan melandakan sedikit kesukaran yang pasti Dia akhiri tempoh ini.

Maka kita sebagai hamba-Nya, wajib mensyukuri, berdoa dan bersabar untuk menerima atau menghadapi semua ketentuan ini. Firman-Nya:

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi serta kepada-Nyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai terhadap perbuatan yang kamu lakukan." (Hud: 123)

PAS merakamkan simpati terhadap situasi yang sedang dihadapi kebanyakan penduduk di daerah banjir. Situasi sukar bersifat sementara yang menguji kemampuan ini wajib dihadapi dengan sabar.

Dalam menghadapi pelbagai situasi tidak terduga ini, PAS menasihati untuk saling tolong-menolong dan cakna antara satu sama lain serta mengikuti arahan pihak berkuasa.

Jentera PAS di semua peringkat sedang digerakkan bagi menghulur bantuan sedaya termampu. Kita berharap ia diterima seadanya.

PAS juga dengan ini mengarahkan seluruh jenteranya untuk meneliti keperluan munasabah kepada mangsa banjir dan memberi khidmat dengan ikhlas serta kesantunan berhemah.

Kepada seluruh petugas dari badan dan agensi kerajaan, PAS meminta agar urusan bantuan dilaksanakan dengan penuh amanah dan adil tanpa menghitung latar belakang politik. Insya-Allah, dedikasi anda akan dihitung pahala serta bakal beroleh ganjaran di sisi Allah kelak.

Kepada Kerajaan Persekutuan, saya mengesyorkan agar diumum peruntukan khas bagi setiap keluarga dan individu mangsa banjir khususnya para pelajar yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.


DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
24 Disember 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.