Wednesday, December 3, 2014

PKR gesa sidang Parlimen tergempar hasil RCI Sabah OLEH MOHD FARHAN DARWIS


PKR tidak mempercayai Laporan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja Sabah yang mengatakan kebanjiran warga asing di negeri itu berpunca daripada kerja sindiket sedangkan umum mengetahui ada cubaan mengubah paten demografi untuk memastikan Barisan Nasional terus memerintah.

PKR tidak mempercayai Laporan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja Sabah yang mengatakan kebanjiran warga asing di negeri itu berpunca daripada kerja sindiket sedangkan umum mengetahui ada cubaan mengubah paten demografi untuk memastikan Barisan Nasional terus memerintah

PKR menggesa agar Putrajaya segera memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membolehkan Laporan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  berkenaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah dibahaskan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Penampang (PKR) Darell Leiking (gambar) dalam kenyataannya hari ini turut menzahirkan kekecewaannya kerana berdasarkan laporan RCI yang dikeluarkan hanya menyatakan pemberian kerakyatan Malaysia secara haram itu dilakukan sindiket.

"Saya tidak mempercayai laporan RCI Sabah mengatakan kebanjiran warga asing di negeri itu berpunca daripada kerja sindiket sedangkan umum mengetahui ada cubaan untuk mengubah paten demografi untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus memerintah," kata Darell.

'Pemimpin-pemimpin BN Sabah kini terpaksa menelan hakikat pahit dan penjelasan lanjut perlu diberikan kepada rakyat Sabah yang sudah sekian lama memendam perasaan marah," katanya.

Darell berkata, pendedahan hasil laporan inkuiri itu juga tidak mengejutkan pihaknya kerana ia jelas menunjukkan tiada sebarang penyelesaian dapat dicapai.

Sehubungan itu, Darell berkata pemimpin parti komponen BN di Sabah juga tiada cara lain selain menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi membahaskan hasil laporan RCI itu.

"Ketika saya memperkatakan perkara ini, pemimpin-pemimpin BN di Sabah tidak seharusnya menyalahkan pembangkang sebaliknya mengingatkan diri mereka tentang kegagalan mereka kerana sering memaparkan diri mereka sebagai pejuang membantah Projek IC dan pendatang asing tanpa izin di Sabah," katanya.


PKR tidak mempercayai Laporan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja Sabah yang mengatakan kebanjiran warga asing di negeri itu berpunca daripada kerja sindiket sedangkan umum mengetahui ada cubaan mengubah paten demografi untuk memastikan Barisan Nasional terus memerintah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember, 2014.

"Terlalu banyak persoalan yang timbul dan rakyat Sabah menuntut diberikan penjelasan oleh ahli Parlimen yang mewakili mereka,"katanya.

Darell berkata, beliau akan mendapatkan laporan RCI Sabah itu, dan memberikan kenyataan lanjut selepas selesai membacanya.

Laporan RCI yang dikeluarkan di Sabah hari ini menyalahkan sindiket dan penjawat awam yang rasuah kerana memberikan kad pengenalan Malaysia kepada warga asing sehingga mengubah keadaan demografi negeri itu dan meningkatkan kecurigaan terhadap daftar pemilihnya.

Laporan RCI Sabah yang dikeluarkan di Kota Kinabalu hari ini bagaimanapun menggesa kerajaan pusat dan negeri melaksanakan iltizam politik yang tinggi bagi menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin melalui penubuhan sekretariat tetap bagi membasmi masalah itu.

Namun, amat menyedihkan apabila laporan itu tidak menyatakan nama individu yang terbabit dalam aktiviti yang digelar sebagai "Projek IC" itu. – 3 Disember, 2014.

www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.