Tuesday, December 2, 2014

Perniagaan milik kerajaan merugikan – Dr M

Kegagalan berlaku apabila upah dinaikkan yang menyebabkan berlakunya kenaikan jualan, sementara rampasan kuasa dan harta golongan kaya mengurangkan pasaran tempatan bagi barang mewah

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemilikan perniagaan oleh kerajaan adalah tidak berfaedah, malah tidak menyumbang kepada pendapatan pihak kerajaan.

Menurut beliau, sistem yang mengatakan bahawa jika kilang dimiliki oleh kerajaan yang dikuasai oleh buruh, maka semua keuntungan akan diperolehi oleh kerajaan dan ia diagihkan pula antara pekerja merupakan sistem yang gagal.

Mantan Perdana Menteri itu menjelaskan, kegagalan berlaku apabila upah dinaikkan yang menyebabkan berlakunya kenaikan jualan, sementara rampasan kuasa dan harta golongan kaya mengurangkan pasaran tempatan bagi barang mewah.

“Tanpa pasaran mewah, walaupun pekerja dibayar gaji yang lebih, jualan tidak laris dan keuntungan berkurangan. Daya beli pekerja tidak meningkat, iaitu mereka terus menerus miskin. “Dalam pasaran dunia pula, barangan harga tinggi dari negara sosialis tidak dapat bersaing dengan barangan dari Asia Timur.

Sekali lagi keuntungan menurun sehingga ada yang terpaksa gulung tikar,” tulisnya di dalam blog milik beliau www.chedet.cc Jelas Dr Mahathir, sebab itu industri yang dahulu memberi keuntungan yang banyak tidak maju selepas dimilik negara sehingga menyebabkan

”Cukai untuk kerajaan juga menurun dan tanpa perolehan cukai yang tinggi infrastruktur negara juga tidak dapat didirikan.” Kata beliau, kemerosotan dan kegagalan itu juga menyebabkan pemilikan dan penguasaan kerajaan terpaksa dihentikan kerana pemilikan industri oleh kerajaan menyebabkan pembangunan merosot.

Mahathir turut menyatakan kelebihan bagi negara jika industri dimiliki dan oleh pihak swasta, antaranya kerajaan tidak perlu keluar modal satu sen pun.

“Tetapi, 25 peratus daripada keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan sebagai cukai korporat. Lesen dan aneka jenis permit akan dibayar kepada Kerajaan.

Cukai juga akan diperolehi semasa kilang didirikan dan daripada keuntungan kontraktor dan pengurus-pengurus mereka yang bergaji tinggi. “Benar, cukai-cukai ini akan dibayar oleh kontraktor dan pengurus jika kilang yang dibina milik Kerajaan. Tetapi bayaran kepada kontraktor dan lain-lain datang dari duit Kerajaan.

Cukai sebenarnya dibayar oleh Kerajaan,” katanya. Jelas beliau, pengurusan kilang memerlukan kos operasi yang meliputi gaji, kos elektrik, bahan mentah, alat ganti dan lain-lain yang ditanggung oleh swasta.

Dr Mahathir menambah, kerajaan tidak akan meendapat untung 100 peratus kerana 25 peratus daripada keuntungan perniagaan miliki kerajaan akan dibayar dalam bentuk cukai, ”Sebenarnya Kerajaan dapat 75 peratus sahaja daripada keuntungan, bukan 100 peratus.” “Jika rugi, Kerajaan akan tanggung 100 peratus kerugian.

Jika dimiliki swasta, kerugian akan ditanggung oleh swasta. Tetapi cukai ke atas gaji dan pendapatan pengurus yang bergaji tinggi masih didapati oleh Kerajaan walaupun kilang tidak untung,” ujarnya.

Kata Dr Mahathir, apabila kerajaan berhutang untuk membina dan memiliki kilang, bayaran faedah akan ditanggung oleh kerajaan.

Menurut beliau, bila kilang rugi beban yang dipikul Kerajaan amatlah besar. Bukan sahaja tidak ada keuntungan bagi Kerajaan, tetapi hutang masih perlu dibayar.

“Walaupun kilang menjadi aset dan nilainya lebih dari hutang, tetapi nilai ini hanya bermakna jika kilang dijual dan pendapatan diguna untuk membayar balik hutang. Jika tidak dijual aset ini, tidak akan kurangkan hutang. Kerajaan bukan sahaja terpaksa bayar faedah tetapi juga hutang pokok dan ini tetap mengurangkan keuntungan lagi,” katanya.

Menurut bekas Perdana Menteri, kilang yang dimiliki dan diurus oleh kerajaan selalui mengalami kerugian atau tidak mencatat untung yang banyak kerana ”pemilik dan pengurusan tidak didorong oleh motif keuntungan.” “Sesungguhnya pemilikan kilang atau perniagaan lain oleh kerajaan tidak berfaedah.

Sebaliknya apabila syarikat dan khidmat Kerajaan seperti pos, telekom dan lain-lain lagi diswastakan pekerja Kerajaan dapat dikurangkan dan peruntukan untuk gaji diselamatkan untuk kegunaan lain,” ujarnya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.