Pemilik kedai runcit itu berkata rancangan itu diterima baik oleh keluarganya dan keluarga pengantin perempuan, rakan serta jiran.
"Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya," katanya kepada pemberita di majlis itu.
Pengantin lelaki Soo, pekerja sebuah syarikat swasta di Kulim itu berkata pada mulanya dia agak terkejut dengan rancangan bapanya itu namun tidak membantah.
"Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung," katanya.
Bercakap mengenai baju kebaya Kedah yang dipakainya, Goh berkata, "Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami.
"Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila," kata pekerja syarikat swasta di Kulim itu.
Penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, berkata dia agak terkejut apabila Soo menjemputnya sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin konsep Melayu.
Majlis seumpama ini pertama kali diadakan oleh masyarakat Tionghua di kampungnya, kata beliau.
Katanya, sebagai jiran dia turut membantu keluarga tersebut pada majlis itu. - Astro Awani
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.