Wednesday, December 3, 2014

Najib perlu lepas Menteri Kewangan kepada Husni Sinar Harian

 
Mahfuz Omar. - Foto Sinar Harian Oleh Md. Nizam Osman  
  • Mahfuz Omar. - Foto Sinar Harian Oleh Md. Nizam Osman
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa melepas jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengisian dua nama besar bagi jawatan Menteri Kewangan akan melambatkan sesuatu proses berkaitan dengan kewangan negara.


"Kita ada dua Menteri Kewangan, tetapi kita seolah-olah hilang arah.


"Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang memberi fokus lebih mendalam untuk mengatasi isu yang berkaitan dengan kewangan negara," katanya dalam sebuah sidang media di sini, hari ini.


Pelantikan bagi jawatan Menteri Kewangan negara pada tahun 2014 diisi Najib sebagai Menteri Kewangan satu, manakala jawatan bagi Menteri Kewangan kedua pula disandang Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.


Pelantikan Ahmad Husni dilakukan kali pertama pada tahun 2009, manakala lantikan penggal keduanya pula dibuat pada tahun 2013.


Pelantikan Ahmad Husni dilakukan sekali lagi berikutan prestasinya yang dikatakan cemerlang dalam mengurus tadbir sistem kewangan negara.


Dakwanya lagi, Najib harus memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Ahmad Husni dalam mengendalikan urusan kewangan negara.


"Saya rasa tidak salah jika Ahmad Husni pegang sepenuhnya jawatan tersebut, lagi pun jika hanya seorang sahaja menteri, saya percaya ia mampu menjimatkan perbelanjaan negara.


"Bagi pada seorang sahaja menteri yang akan fokus selesaikan isu dan masalah kewangan negara yang berkaitan GST, kenaikan minyak, dan sebagainya," tegasnya lagi.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.