Bukan
setakat kantoi menipu, rupa-rupanya Anifah Aman sendiri menghantar
orang tengah untuk memujuk balik Anwar Ibrahim menarik balik saman. Umum
tahu kes saman Anwar terhadap Anifah Aman.
Ahli perniagaan Datuk Ishak Ismail menafikan membuat tawaran
RM100 juta kepada Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman pada 2008 supaya
beliau meninggalkan BN dan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan
pusat.
Bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC itu berkata beliau
menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati “orang tengah”
Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah
terhadap Anifah.
“Bila saya menjawab saya tidak berhubung dengan Anwar dan
tidak boleh lakukannya, pengantara itu berkata nama saya akan diheret sama
dalam prosiding (kes itu),” katanya.
Anifah pada 27 November memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana
menteri oleh pasukan Anwar, ketua umum PKR, untuk berpaling tadah.
Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah
menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.
Beliau menjawab soalan yang paguamnya Datuk Seri Muhammad
Shafee Abdullah dan menamakan individu itu sebagai Ishak. M Kini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.