NAIB Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, sistem
pengurusan
bencana negara khususnya semasa banjir, wajar dikaji semula. Ia termasuk
keberkesanan menggunakan aset jentera, sistem komunikasi sokongan dan
sistem amaran kecemasan yang efektif.
"Rungutan dari orang ramai, mereka kurang berpuas hati dengan bantuan yang sepatutnya tiba pada masa diperlukan.
"Bila elektrik tidak ada, telefon tak boleh cas, orang ramai tidak boleh berhubung," kata Husam.
"Rungutan dari orang ramai, mereka kurang berpuas hati dengan bantuan yang sepatutnya tiba pada masa diperlukan.
"Bila elektrik tidak ada, telefon tak boleh cas, orang ramai tidak boleh berhubung," kata Husam.
Ketika mengulas pengumuman bantuan khas RM500 juta kepada mangsa banjir di seluruh negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin, kata beliau soal jumlah peruntukan yang diumumkan kerajaan kepada mangsa banjir, tidak penting.
"Ratus juta saya tak hendak tahu. Saya nak tahu pakaian sekolah ada (atau) tak.
“Ada tak bantuan (untuk) rumah rosak, kenderaan rosak? ”
katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas menyampaikan bantuan ke rumah mangsa banjir di kampung Kadok, Pasir Mas hari ini.
Menurut Husam yang juga ADUN Salor , biarpun pengagihan diurus Majlis Keselamatan Negara (MKN), wakil rakyat di Kelantan perlu digunakan untuk menyampaikan bantuan agar sampai kepada sasaran.
Sementara itu, setakat berita ini ditulis, air di beberapa kawasan sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas dilihat mula surut hari ini. Bagaimanapun, beberapa kawasan rendah khususnya di kawasan berhampiran sungai Kelantan, masih ditenggelami air.(IH)
Ibnu Hasyim
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.