Banjir bukanlah peristiwa baru bagi manusia kerana ianya dah menjadi tabiat alam yang sentiasa berulang sepanjang hayat manusia dan bumi.
Sesunggohnya Allah Swt menerajui segala 'sunnatul 'alam' dan menguasai segalanya dan Dia telah mrmberitahu kita bahawa...
"Tiada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang ditimpakan di muka bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah termaktub di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah teramat mudah bagi Allah. "(Al-Hadid: 22)
Semuanya dalam Ilmullah dan berlaku di atas Al Qaadir dan Al Mutaqadir
melalui Sifat Qudrat dan IradahNya.
Namun azab itu datang dengan bersebab juga. Tak kiralah sebab itu berpunca dari putaran dan pusingan bulan yang berada paling hampir dengan garisan khatulistuwa yang menyebabkan air pasang lambat surut ataupun disebabkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan berleluasa, paya-paya ditambak, muara-muara menjadi sempit, sungai-sungai menjadi cetek merupakan sebab-sebab air dari hulu-hulu lambat ke laut.
Pertembungan air pasang yang bertahan dengan saliran keluar air ke laut adalah dua faktor banjir besar berlaku atau campurtangan makhluk dan Al Khaliq berlaku.
Aktiviti manusia seperti pembangunan sehingga lupa kepada ciri-ciri keselamatan saliran, dan keperluan kepada penambahan kuantiti manusia mengundang banjir menjebak begitu ramai mangsa. Dan fimanNya..
“Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.” (Asy Syura: 30).
Dan Allah berfirman lagi...
“Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dan (yang membawa bala dan bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksaNya.” (Al Anfal: 25)
Bencana alam ini tidak pernah memilih mangsanya. Fasiq, zalim, bertaubat dan alim semua disapu. Tindakan banyak pihak di negara ini dengan menunaikan solat hajat merupakan suatu perbuatan yang tepat kerana hanya kepadaNya kembali segala urusan di atas mukabumi ini.
Ya Allah, redakanlah banjir ini dan pulihkanlah seperti sediakala. Selamatkanlah mereka dari terus menjadi mangsa. Sesungguhnya Engkau berkuasa melakukannya sepertimana berlaku pada era Nabi Nuh Ahs......
"Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu.
Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim". (Hud:44)
Aamiiin X3 .... Ya Rabbal'alamiiin.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.