Thursday, November 27, 2014

Pulak Dah!!! Punca DS Dr Wan Azizah Wan Ismail Tidak Hadir Sidang Dewan Undangan Negeri Tersebar... Jom Terjah!!!


 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas ketua pembangkang yang mengkritik ketidakhadirannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri sejak Isnin dengan alasan beliau mempunyai sebab yang tidak dapat dielakkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 November, 2014.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas ketua pembangkang yang mengkritik ketidakhadirannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri sejak Isnin dengan alasan beliau mempunyai sebab yang tidak dapat dielakkan.
 
Ditegur pagi tadi mungkin merajuk kerana tidak dapat jawatan menteri besar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail petang ini muncul di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengambil bahagian dalam perbahasan dan membidas ketua pembangkang yang mengkritik ketidakhadirannya.
 
Ahli DUN (Adun) Kajang itu berkata, beliau tidak dapat menghadiri persidangan sejak Isnin kerana sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan dan sudah memaklumkan perkara itu kepada Dewan. 
 
"Saya dah bagi notis tak dapat hadir, bukan saya tuang (ponteng). Dibandingkan kehadiran ketua pembangkang ke mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri, saya datang lebih kerap lagi," katanya.
 
Pagi tadi, apabila kelibat Dr Wan Azizah masih lagi tidak kelihatan pada hari ketiga persidangan, ia menimbulkan persoalan di kalangan Adun Barisan Nasional (BN).
 
"Mungkin dia merajuk (tidak dapat jadi menteri besar)," kata Adun Permatang Sulaiman Abdul Razak sementara Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias mendakwa tindakan Dr Wan Azizah itu tidak bertanggungjawab kerana tidak menggunakan peluang membawa masalah kawasannya ke peringkat DUN.
 
Membahaskan Bajet 2015, Dr Wan Azizah sempat menjawab kritikan BN, mengatakan walaupun tidak terpilih sebagai menteri besar, beliau menerima pelantikan Mohamed Azmin Ali dengan hati terbuka.
 
Katanya, jawatan itu ialah satu tanggungjawab dan beliau menasihatkan Azmin menjalankan tugas dengan baik.
 
"Siapa jadi MB, itu tanggungjawab. Terima dengan hati terbuka... (Dalam memegang) jawatan, yang penting amanah dan tanggungjawab," katanya.
 
Sedaka Sejahtera

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.