Wednesday, November 26, 2014

BN Selangor bidas Wan Azizah tak hadir sidang Dewan.. Tapi..

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias hari ini membidas kegagalan ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk hadir pada sidang DUN meskipun telah masuk hari ketiga.

Beliau menegaskan Wan Azizah perlu menjadi seorang ADUN yang lebih mementingkan urusan yang berkaitan dengan negeri dan rakyat berbanding perkara-perkara lain.

Apatah lagi hari ini sidang DUN gagal mendengar jawapan daripada Menteri Besar Azmin Ali mengenai cadangan jangka masa panjang untuk mengelakkan kejadian banjir kilat di Kajang.

"Jika begini keadaannya bagaimana (beliau) nak jadi ADUN bertanggungjawab? Persidangan ni baru bermula, (walaupun) Dewan membenarkan tapi kalau kita mengambil Dewan sebagai tempat yang penting untuk menyatakan pendapat, maka dia sepatutnya hadir dalam Dewan.

"Kawasan dia sering berlaku banjir kilat, siapa yang nak ambil perhatian? Tadi saya tengok ada satu soalan, tidak ada orang pun mengambil alih soalan tu," katanya pada sidang media di Lobi SUK.

Difahamkan Wan Azizah ke luar negara kerana mengikut suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak diketahui atas urusan peribadi atau kerja.

Shamsuddin menasihatkan Azizah supaya menjadi seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dan tidak menjadi ADUN hanya pada nama sahaja.

"Kalau inilah caranya bagaimana kita nak harapkan sebagai ADUN yang berkesan. ADUN berkenaan kena bertanggungjawab terhadap kawasan dia. Jangan jadi janji-janji (sebelum ini) sebagai retorik tapi keadaan yang sebenar tak nampak," katanya.

Sebelum ini Wan Azizah berjanji akan mengatasi masalah banjir kilat yang melanda kawasan itu setiap kali hujan lebat.

Beliau yang dipilih menjadi ADUN Kajang setelah beliau memenangi PRK kawasan itu pada 23 Mac lalu, dengan meraih 16,741 undi menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang hanya meraih 11,362 undi.

Bagaimanapun, Azizah muncul pada sidang DUN pada lewat petang ini.

Beliau kemudiannya membidas Shamsuddin kerana membuat tuduhan kepadanya. Ujarnya ketidakhadirannya sebelum ini mendapat kebenaran dewan berkenaan ~ AntaraPos Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias hari ini membidas kegagalan ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk hadir pada sidang DUN meskipun telah masuk hari ketiga.

Beliau menegaskan Wan Azizah perlu menjadi seorang ADUN yang lebih mementingkan urusan yang berkaitan dengan negeri dan rakyat berbanding perkara-perkara lain.

Apatah lagi hari ini sidang DUN gagal mendengar jawapan daripada Menteri Besar Azmin Ali mengenai cadangan jangka masa panjang untuk mengelakkan kejadian banjir kilat di Kajang.

"Jika begini keadaannya bagaimana (beliau) nak jadi ADUN bertanggungjawab? Persidangan ni baru bermula, (walaupun) Dewan membenarkan tapi kalau kita mengambil Dewan sebagai tempat yang penting untuk menyatakan pendapat, maka dia sepatutnya hadir dalam Dewan.

"Kawasan dia sering berlaku banjir kilat, siapa yang nak ambil perhatian? Tadi saya tengok ada satu soalan, tidak ada orang pun mengambil alih soalan tu," katanya pada sidang media di Lobi SUK.

Wednesday, November 26, 2014
BN Selangor bidas Wan Azizah tak hadir sidang Dewan.. Tapi..

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias hari ini membidas kegagalan ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk hadir pada sidang DUN meskipun telah masuk hari ketiga.

Beliau menegaskan Wan Azizah perlu menjadi seorang ADUN yang lebih mementingkan urusan yang berkaitan dengan negeri dan rakyat berbanding perkara-perkara lain.

Apatah lagi hari ini sidang DUN gagal mendengar jawapan daripada Menteri Besar Azmin Ali mengenai cadangan jangka masa panjang untuk mengelakkan kejadian banjir kilat di Kajang.

"Jika begini keadaannya bagaimana (beliau) nak jadi ADUN bertanggungjawab? Persidangan ni baru bermula, (walaupun) Dewan membenarkan tapi kalau kita mengambil Dewan sebagai tempat yang penting untuk menyatakan pendapat, maka dia sepatutnya hadir dalam Dewan.

"Kawasan dia sering berlaku banjir kilat, siapa yang nak ambil perhatian? Tadi saya tengok ada satu soalan, tidak ada orang pun mengambil alih soalan tu," katanya pada sidang media di Lobi SUK.

Difahamkan Wan Azizah ke luar negara kerana mengikut suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak diketahui atas urusan peribadi atau kerja.

Shamsuddin menasihatkan Azizah supaya menjadi seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dan tidak menjadi ADUN hanya pada nama sahaja.

"Kalau inilah caranya bagaimana kita nak harapkan sebagai ADUN yang berkesan. ADUN berkenaan kena bertanggungjawab terhadap kawasan dia. Jangan jadi janji-janji (sebelum ini) sebagai retorik tapi keadaan yang sebenar tak nampak," katanya.

Sebelum ini Wan Azizah berjanji akan mengatasi masalah banjir kilat yang melanda kawasan itu setiap kali hujan lebat.

Beliau yang dipilih menjadi ADUN Kajang setelah beliau memenangi PRK kawasan itu pada 23 Mac lalu, dengan meraih 16,741 undi menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang hanya meraih 11,362 undi.

Bagaimanapun, Azizah muncul pada sidang DUN pada lewat petang ini.

Beliau kemudiannya membidas Shamsuddin kerana membuat tuduhan kepadanya. Ujarnya ketidakhadirannya sebelum ini mendapat kebenaran dewan berkenaan ~ AntaraPos
Difahamkan Wan Azizah ke luar negara kerana mengikut suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak diketahui atas urusan peribadi atau kerja.

Shamsuddin menasihatkan Azizah supaya menjadi seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dan tidak menjadi ADUN hanya pada nama sahaja.

"Kalau inilah caranya bagaimana kita nak harapkan sebagai ADUN yang berkesan. ADUN berkenaan kena bertanggungjawab terhadap kawasan dia. Jangan jadi janji-janji (sebelum ini) sebagai retorik tapi keadaan yang sebenar tak nampak," katanya.

Sebelum ini Wan Azizah berjanji akan mengatasi masalah banjir kilat yang melanda kawasan itu setiap kali hujan lebat.

Beliau yang dipilih menjadi ADUN Kajang setelah beliau memenangi PRK kawasan itu pada 23 Mac lalu, dengan meraih 16,741 undi menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang hanya meraih 11,362 undi.

Bagaimanapun, Azizah muncul pada sidang DUN pada lewat petang ini.

Beliau kemudiannya membidas Shamsuddin kerana membuat tuduhan kepadanya. Ujarnya ketidakhadirannya sebelum ini mendapat kebenaran dewan berkenaan ~ 

AntaraPos
 
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.