Tuesday, October 7, 2014

'Spesis dilindungi mangsa pembalakan haram'

  
PKR Sarawak menyalahkan kelemahan penguatkuasaan yang didakwa menyebabkan berleluasanya kes pembalakan haram di hutan negeri dan pelbagai taman negara.


“Aktiviti pembalakan haram berlaku di banyak tempat di Sarawak ekoran lemahnya penguatkuasaan.

“Ia ada kena mengena dengan rasuah,” kata Ketua PKR Sarawak Baru Bian ketika diminta mengulas kenyataan Sahabat Alam Malaysia (SAM).

NGO itu meminta Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengotakan kata-katanya dalam menangani pembalakan haram.

Hal ehwal perhutanan berada bawah portfolio Adenan, yang juga bertanggungjawab terhadap perancangan sumber alam dan alam sekitar.

Baru Bian (kanan), anggota Dewan Undangan Negeri Ba'Kelalan mendakwa, pembalakan haram turut menyebabkan spesis dilindungi ditebang seperti pokok engkabang.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.