Sunday, October 26, 2014

Perjanjian air selangor: Azmin mula berani lawan Anwar?

 

Sekarang ni nampak macam Azmin 'terpaksa' untuk teruskan perjanjian air Selangor ni walaupun nampak macam terpaksa lawan kemahuan dan hasrat Anwar. Mungkinkah Azmin dah berjaya 'dibeli' oleh 'beberapa orang yang berpangkat tinggi' tersebut?
AstroAwani kemarin dulu melaporkan:
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia ingin melihat kualiti dan pengurusan air yang berkesan di negeri itu dan tidak berniat untuk membatalkan perjanjian air yang dimeterai di antara kerajaan Persekutuan dan negeri.
“Saya tidak akan membatalkannya (perjanjian). Saya mahu pelaksanaan disempurnakan secepat mungkin agar rakyat mendapat bekalan air yang mencukupi di masa hadapan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star. - AstroAwani.
Malaysiakini semalam melaporkan:
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati Menteri Besar Selangor Azmin Ali supaya tidak menerima seadanya perjanjian air kontroversi negeri itu, sekiranya benar ia hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja.
Anwar yang juga MP Permatang Pauh berkata Azmin secara konsisten mahu memastikan perjanjian itu lebih telus.

"Saya pasti akan menasihatkan beliau (Azmin) untuk meneliti sekiranya perjanjian itu berat sebelah, maka tidak boleh meneruskan (untuk menerimanya) tanpa persoalan. - Mkini.
Nampak gayanya Azmin dah mula buat u-turn dalam isu perjanjian air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan ni. Kalau sebelum ni Azmin antara yang cukup keras mengkritik Khalid Ibrahim dalam isu perjanjian ni.

Sekarang ni nampak macam Azmin 'terpaksa' untuk teruskan perjanjian air Selangor ni walaupun nampak macam terpaksa lawan kemahuan dan hasrat Anwar.

Malaysiakini juga melaporkan:
"Siapa yang mendapat untung? Saya tidak peduli sekiranya mereka berpangkat lebih tinggi tapi jika ia menyebabkan rakyat membayar lebih, saya fikir kita harus meneliti semula (perjanjian).
"Saya memandang berat isu ini dan saya tahu ini salah satu sebab beberapa orang yang berpangkat tinggi bermasalah dengan saya.

"Ia bukan peribadi tetapi jika anda 'bermain' dengan (terma) perjanjian, anda mengaut keuntungan dan anda hukum rakyat untuk membayarnya," kata beliau dalam wawancara dengan Malaysiakini. - Ibid.
Mungkinkah Azmin dah berjaya 'dibeli' oleh 'beberapa orang yang berpangkat tinggi' tersebut?

Aku percaya Azmin sebenarnya dah nampak keuntungan yang rakyat Selangor akan dapat dari perjanjian tu. Aku yakin perjanjian tu bagi kuasa yang tak kurang besar kepada kerajaan negeri Selangor dan Azmin sebagai MB.

Rugi atau untung rakyat Selangor dalam isu air lepas ni bergantung kepada tara mana kecekapan kerajaan Selangor dan Azmin sebagai MB menggunakan kuasa yang depa ada tu.

Dan yang paling aku yakin, takkan kut Khalid Ibrahim sebagai tokoh koperat yang dah bersara dari dunia koperat sebelum aktif berpolitik dan kemudiannya dilantik jadi MB Selangor akan tandatangan perjanjian yang merugikan rakyat selangor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.