Sunday, October 26, 2014

Peguam Negara Mahu Penjara Anwar Lebih Lama Lagi..??

 

Pasukan pendakwaan dalam kes Liwat II berpendapat bahawa hukuman penjara lima tahun penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memadai.

Menurut dokumen yang disaksikan olehMalaysiakini, pasukan itu memberi hujah bahawa hukuman lima tahun penjara itu tidak memenuhi keadilan dari sudut kepentingan awam.

Pasukan pendakwaan berpendapat bahawa hakim rayuan membuat kesilapan kerana hukuman penjara tidak mencerminkan tahap kesalahan itu, dan tidak menjadi teladan kepada masyarakat.

Menurut pasukan itu lagi, hukuman lima tahun penjara tidak memadai berbanding peruntukan 20 tahun penjara dan rotan dalam Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Perkara itu difailkan oleh pasukan pendakwaan untuk menuntut Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas Anwar.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membatalkan keputusan tahun 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala LumpurOn March 7, dan seterusnya mendapati Anwar bersalah atas tuduhan Liwat II, dan menjatuhkan hukumen lima tahun penjara ke atasnya.

Pasukan pembelaan Anwar, yang kini diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, memfailkan 35 asas dalam rayuan ke atas sabitan di mahkamah tertinggi itu.

Rayuan terakhir oleh ketua umum PKR itu, kini 67 tahun, ditetapkan selama dua hari bermula Selasa.
Dalam rayuan balasnya, pendakwaan memohon hukuman penjara lebih lama dikenakakan ke atas Anwar.


Posted by Jeebond BLM

 
Org yg menjual pulau batu putih....sama jua hukum menjual negara....sepatutnya org ini dihukum penjara sampai mati....kesian dgn perjuangan ngo2 ketuanan melayu yg selama ini gah mendabik dada...tapi terkantoi bila kena btg idung sendiri....


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.