PAS takut dengan bayangan sendiri...nampak bayang disangka hantu...
Ketika rasa tidak puashati terhadap konservatif dalam PAS semakin merebak, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kini berkembang pesat dengan penubuhan cawangan di semua negeri walaupun Majlis Syura Ulama parti itu melarang ahlinya terlibat dengan kumpulan itu.
The Malaysian Insider
diberitahu, PasMa kini telah melantik pemimpin di setiap negeri dan
sedang merancang membuka pejabat tetap dan melantik kakitangan sepenuh
masa mengendalikan perkembangannya.
Orang ramai yang memenuhi sebuah dewan hotel di Kangar,
September lalu dalam satu majlis anjuran PasMa. –
Gambar Facebook Zokharnain Abidin, 30 Oktober, 2014.
Di Terengganu, negeri
presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di mana kumpulan ini berdepan
dengan tekanan paling hebat, hampir kesemua daerah di negeri itu telah
mempunyai pemimpin PasMa, begitu juga Kedah di mana terdapat pemimpin
PasMa di semua daerah.
"Kita bukan pertikai
Majlis Syura. Apa yang berlaku ada kenyataan bercanggah antara kenyataan
Setiausaha Agung PAS dengan Syura.
"Setiausaha
Agung kata tak salah sertai PasMa kerana hanya sebuah NGO, MSU pula
nasihatkan jangan," kata Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi,
merujuk kepada kenyataan Datuk Mustapha Ali yang berkata PasMa hanya sebuah NGO.
Phahrolrazi berkata,
terserah kepada pemimpin PAS menguruskan percanggahan arahan ini, sambil
menambah pihak yang berhak mentafsirkan perlembagaan parti adalah
Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS.
Sementara itu, AJK PAS
Pusat, Khalid Samad akan menyertai program PasMa di Ipoh 8 November ini
manakala rakannya, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyertai program di Temerloh
15 November ini bersama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin
PAS yang kini dilantik mengetuai PasMa Pahang.
Naib Presiden PAS,
Salahudin Ayub berkata, setiap ahli berhak menyertai mana-mana
pertubuhan bukan kerajaan, dan PAS tidak boleh menghalang sekiranya ada
ahli mahu sertai program PasMa.
"Namun, Majlis Syura
sudah mengeluarkan arahan atau mungkin disebut sebagai nasihat melarang
untuk ahli sertainya. Maka keadaan ini mungkin mencetuskan keraguan dan
keresahan ahli-ahli PAS.
"Oleh itu elok diadakan
diskusi antara kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian," kata
Salahudin sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.
Pada 12 Oktober lalu, Majlis Syura, badan tertinggi dalam PAS, menasihatkan semua ahli PAS jangan terlibat dengan kumpulan ini.
Setiausahanya, Nik
Zawawi Salleh berkata larangan ini selari dengan peringatan Hadi dalam
ucapan penutup di Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat, Johor, bulan lalu.
Dalam ucapan yang
sangat berbeza dengan ucapan pemimpin utama PAS sebelumnya, Hadi
memberikan amaran keras terhadap perpecahan yang semakin teruk dalam PAS
yang disifatkannya sebagai "jemaah dalam jemaah" di dalam parti itu.
Beliau kemudiannya
mempertahankan keputusan Majlis Syura melarang penglibatan ahli PAS
dalam PasMa, dan berkata ia berasaskan aduan di peringkat negeri
mendakwa salah laku ahli PasMa.
Tetapi Setiausaha Agung
PasMa, Mohd Taib Ahmad menafikan dakwaan PasMa adalah parasit kepada
PAS dan tuduhan bahawa mereka mendaftar sebuah parti baharu.
"Itu merupakan sesuatu
yang dikehendaki musuh supaya dapat pecahbelah PAS, supaya Barisan
Nasional kekal. Ia strategi yang ditunggu-tunggu oleh BN supaya PAS
pecah," katanya kepada The Malaysian Insider.
Phahrolrazi pula menegaskan, PasMa akan terus kekal sebagai NGO dan
menjadi pemerhati dan pengkritik kepada Pakatan Rakyat atau Pakatan
Watch.
"Kita akan kekalkan
PasMa. Jika jadi parti, akan berlaku kekosongan peranan itu," katanya
merujuk kepada peranan yang mahu dimainkan PasMa iaitu memantau Pakatan
Rakyat khasnya PAS agar sentiasa berada di landasan betul.
Pertemuan pertama PasMa
dibuat pada Hari Merdeka lalu di kemuncak krisis menteri besar Selangor
bagi memastikan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.
Lebih 100 ahli PAS
bertemu di Kota Bharu hari itu dan menubuhkan PasMa di kala spekulasi
bertiup kencang PAS akan bersama Umno membentuk kerajaan di Selangor
bagi menyelesaikan krisis itu.
Tetapi menurut
pengkritik PasMa yang kebanyakan terdiri dari kumpulan pro-ulama, PasMa
dipimpin dan disertai oleh ahli PAS yang kecewa dan tidak mendapat
tempat dalam parti itu.
Taib menolak dakwaan itu.
"Orang yang kecewa akan duduk diam, tetapi pejuang akan terus berjuang," katanya.
Bagi beliau, ada usaha musuh PAS menarik parti itu keluar Pakatan Rakyat.
"Ada usaha musuh-musuh
untuk bawa PAS keluar dari PR, PasMa akan dedahkan usaha jahat musuh
ini. Kita ada bukti-bukti kukuh," tambahnya. – 30 Oktober, 2014.
al-Husseyn
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.