Monday, October 27, 2014

Pakar Forensik Siasat Keaslian Video Seks Lelaki Mirip UAI


PIHAK polis dilaporkan sudah pun menghantar klip video seks yang didakwa mirip dengan seorang penceramah popular Ustaz Azhar Idrus, 50, ke Jabatan Forensik bagi menyiasat kesahihan dan keaslian video tersebut.

Memetik laporan sebuah akhbar harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, pakar forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menganalisa kandungan video itu untuk mengenal pasti keasliannya dan juga menyiasat sama ada adakah ia menggunakan teknik pertindihan (superimpose).


“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini,” katanya. 


Kes ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan di atas kesalahan penyebaran dan memiliki bahan lucah dan pihak polis juga masih dalam proses siasatan mengenal pasti individu yang mula-mula sekali menyebarkan video tersebut di laman Internet. -  


MYNEWSHUB | POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT


 
Diharap pihak Polis jangan cuba nak bersekongkol dan mendiamkan jika siasatan mendapati ianya datang dari puak2 UMNO Laknatullah.... pastikan pembuat video seks ini dihukum - jangan buat seperti Team Datuk T - Dato Eskay - Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Bapa Mertua Shafie Apdal Dato Shoib Lazim. 
 
Mereka bebas sebebasnya walaupun sudah melakukan SUMPAH LAKNAT !!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.