Friday, October 31, 2014

Liwat ll, Hari ke-4:Anwar: Shafee lebih minat perkara 'ghairah ' By canang

 
Anwar: Shafee lebih minat perkara 'ghairah '


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak di pihak pendakwaan lebih berminat untuk mencemar nama baiknya dan bukan menangani hujah pembelaan.


"Apa yang dilakukannya adalah membangkitkan perkara mengghairahkan untuk (dimainkan oleh) Utusan (Malaysia) dan TV3.


"Pemahaman saya ke atas amalan (guaman) ini, beliau sepatutnya menjawab isu yang dibangkitkan oleh pembelaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan rayuan sabitan Liwat II ditangguhkan tengahari ini.


Katanya, pasukan pembelaan beliau menjalankan “tugas cemerlang” namun Shafee tidak menjawab hukah yang dikemukakan berhubung bukti DNA.


Persidangan di Mahkamah Persekutuan yang berlangsung kini adalah untuk mendengar rayuan Anwar ke atas sabitan kes tersebut.


Shafee menyambung penghujahannya hari ini dengan mengemukakan butiran mengghairahkan berhubung kejadian liwat itu.


Peguam yang dilantik kerajaan itu memberitahu wartawan bahawa beliau sudahpun selesai mengemukakan 20 peratus daripada penghujahannya.


Ia akan bersambung pada hari Isnin, dan pihak pembelaan juga akan mengemukakan hujahan balas.


Ketua Hakim, Tun Ariffin Zakaria memberi gambaran bahawa persidangan itu mungkin akan dilanjutkan sehingga hari Selasa.



 Wow....pendakwa apa kelas dia ni...

Sepatutnya dia berhujah menentang hujah lawyer dsai, tapi apa yg dia cakap tadi banyak kearah fantasi seks...dan aku hampir pasti media pro umno akan memuatkan hujah² ghairah fantasi seks beliau sebagai berita utama...!!!



Btmmari.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.