Saturday, October 25, 2014

Krisis Selangor bukti Pakatan mampu kekal tanpa saya, kata Anwar OLEH MD IZWAN DAN SHERIDAN MAHAVERA

Krisis Selangor bukti Pakatan mampu kekal tanpa saya, kata Anwar

OLEH MD IZWAN DAN SHERIDAN MAHAVERA

Published: 25 October 2014

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata realitinya, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu kekal walaupun beliau terpaksa ke penjara kali kedua, buktinya dapat dilihat dalam penyelesaian krisis menteri besar Selangor.

Ketua Pembangkang itu mengatakan, terbukti PR masih mampu membentuk kerajaan negeri secara bersama dengan PAS, DAP dan PKR meskipun PAS dilihat berbeza pendapat sepanjang kemelut tersebut.

Malah, Anwar juga gagal menggunakan keupayaannya sebagai pendamai untuk menyelesaikan perbezaan dengan PAS, namun rakan dalam gabungan tersebut masih berjaya kekal bersatu.

Meskipun ramai meramalkan dan melihat krisis berbulan-bulan tersebut akhirnya akan memecahkan Pakatan, Anwar sebaliknya berkata PR masih mampu bersatu selepas menteri besar baru dipilih oleh Sultan.

Selepas krisis Selangor, pemimpin PR termasuk PAS, duduk sekali membentangkan bajet bayangan yang didokong oleh ketiga-tiga parti tersebut.

Anwar sendiri menyifatkan bajet tersebut sebagai bukti kerjasama antara rakan parti dalam PR masih utuh, semasa bercakap kepada The Malaysian Insider semalam.

Katanya dengan nada sinis, keupayaan PR bersatu bukan semata-mata bergantung kepada dirinya, seperti yang diperkatakan oleh "penyokong yang mahu meningkatkan ego saya."

Menurut Anwar, realitinya ketiga-tiga pemimpin parti mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet.

"Peranan mereka tidak boleh diperkecilkan, tidak berapa betul kononnya peranan Anwar ini terlalu penting atau tiga pimpinan itu sangat utama.

"Ia (kepercayaan begitu) mungkin bagus untuk ego saya, tetapi itu tidak benar," kata Anwar dalam temubual ekslusif dengan The Malaysian Insider di rumahnya di Bukit Segambut.

PR baru sahaja berdepan krisis yang mengugat persefahaman dan hubungan sesama parti, ketika Anwar bersiap-sedia menghadapi perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan sama dirinya akan ke penjara atau tidak.

Hubungan antara ketiga-tiga parti komponen sudah diperbaiki sepenuhnya selepas selesai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan bulan lepas.

Semasa kemelut tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli kanan Majlis Syura Ulama, unit tertinggi dalam parti, secara terbuka menolak langkah menggantikan Khalid yang dikemukakan PKR dan disokong DAP.

Semasa PKR dan DAP mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid, Hadi menolaknya walaupun pemimpin dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat menyokong presiden PKR itu.

Perdebatan sama ada parti Islam itu patut kekal atau tidak bersama dalam PR juga menambah kegawatan dalam PAS yang melibatkan perbalahan antara kumpulan Hadi dan kumpulan pemimpin lain dalam jawatankuasa pusat.

Pada ketika itu, para pemerhati melihat keretakan tersebut bakal memecah-belah PR dan membawa perpecahan dalam PAS sendiri.

Semasa kemuncak kes tersebut, peranan Anwar sebagai pendamai tidak signifikan dalam memujuk PAS menyokong keputusan PKR dan DAP yang sudah muktamad memilih calon menteri besar Selangor.

Semasa Ketua Umum PKR tersebut mengadakan pertemuan dengan Hadi dalam cubaan memujuknya bagi menyokong PKR dan DAP, Hadi dikatakan berang dan tidak bersetuju dengan beliau.

Jika Anwar dihantar ke penjara sekali lagi, ramai yang percaya PR mungkin berdepan cabaran lebih besar untuk kekal bersama ekoran perbezaan pendapat antara PAS dan rakannya.

Bagaimanapun, Anwar mempertahankan presiden PAS itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan Hadi merupakan halangan kepada perpaduan dalam PR.

"Saya tidak setuju dengan pandangan negatif yang orang cakap tentang Hadi. Saya mungkin tidak setuju dalam semua perkara dengannya, tetapi dalam isu ini (perpaduan PR)... Dia bersama kita semasa di Parlimen dan kami berbincang panjang.

"Beliau mungkin tidak hadir dalam mesyuarat PR, disebabkan sakitnya atau berada di luar negara. Tetapi beliau hantar satu pasukan (para pembuat keputusan tertinggi)."

Anwar bagaimanapun tidak komited siapa yang akan menggantikan peranannya dalam PR sekiranya beliau dipenjarakan.

"Mereka ada bincang perkara ini sebelum ini. Semuanya berbalik kepada persefahaman asal kita. Di mana mesyuarat (pimpinan PR) diadakan, ia akan dipengerusikan oleh parti yang menjadi tuan rumah.

"Jadi, kalau di PKR, Dr Wan Azizah akan pengerusikan, kalau PAS, Hadi dan begitu juga dengan DAP."

Anwar berkata, dengan adanya beberapa jawatankuasa antara parti yang menuntut pimpinan dari parti berbeza bekerjasama, pakatan pembangkang sekarang lebih teratur berbanding waktu ia mula ditubuhkan pada 2008.

“Kita ada jawatankuasa pilihan raya, jawatankuasa setiausaha agung, mesyuarat berkala antara menteri besar dan ketua menteri.

“Pengumuman dibuat pemimpin kanan tetapi yang bekerja ialah pemimpin muda kami, contohnya dalam bajet bayangan, kita ada (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli, (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS) Dr Dzulkefly Ahmad, (Ketua DAP Johor) Liew Chin Tong.

“Sama juga dengan jawatankuasa pilihan raya, di mana kita ada (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali dan (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS) Dr Hatta Ramli. Peranan pemimpin ini semua tidak boleh dinafikan." – 25 Oktober, 2014.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata realitinya, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 Oktober, 2014. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata realitinya, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 Oktober, 2014. Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu kekal walaupun beliau terpaksa ke penjara kali kedua, buktinya dapat dilihat dalam penyelesaian krisis menteri besar Selangor.
Ketua Pembangkang itu mengatakan, terbukti PR masih mampu membentuk kerajaan negeri secara bersama dengan PAS, DAP dan PKR meskipun PAS dilihat berbeza pendapat sepanjang kemelut tersebut.
Malah, Anwar juga gagal menggunakan keupayaannya sebagai pendamai untuk menyelesaikan perbezaan dengan PAS, namun rakan dalam gabungan tersebut masih berjaya kekal bersatu.

Meskipun ramai meramalkan dan melihat krisis berbulan-bulan tersebut akhirnya akan memecahkan Pakatan, Anwar sebaliknya berkata PR masih mampu bersatu selepas menteri besar baru dipilih oleh Sultan. Selepas krisis Selangor, pemimpin PR termasuk PAS, duduk sekali membentangkan bajet bayangan yang didokong oleh ketiga-tiga parti tersebut.
Anwar sendiri menyifatkan bajet tersebut sebagai bukti kerjasama antara rakan parti dalam PR masih utuh, semasa bercakap kepada The Malaysian Insider semalam.
Katanya dengan nada sinis, keupayaan PR bersatu bukan semata-mata bergantung kepada dirinya, seperti yang diperkatakan oleh "penyokong yang mahu meningkatkan ego saya."
Menurut Anwar, realitinya ketiga-tiga pemimpin parti mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet.
"Peranan mereka tidak boleh diperkecilkan, tidak berapa betul kononnya peranan Anwar ini terlalu penting atau tiga pimpinan itu sangat utama.
"Ia (kepercayaan begitu) mungkin bagus untuk ego saya, tetapi itu tidak benar," kata Anwar dalam temubual ekslusif dengan The Malaysian Insider di rumahnya di Bukit Segambut.
PR baru sahaja berdepan krisis yang mengugat persefahaman dan hubungan sesama parti, ketika Anwar bersiap-sedia menghadapi perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan sama dirinya akan ke penjara atau tidak.
Hubungan antara ketiga-tiga parti komponen sudah diperbaiki sepenuhnya selepas selesai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan bulan lepas.
Semasa kemelut tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli kanan Majlis Syura Ulama, unit tertinggi dalam parti, secara terbuka menolak langkah menggantikan Khalid yang dikemukakan PKR dan disokong DAP.
Semasa PKR dan DAP mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid, Hadi menolaknya walaupun pemimpin dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat menyokong presiden PKR itu.
Perdebatan sama ada parti Islam itu patut kekal atau tidak bersama dalam PR juga menambah kegawatan dalam PAS yang melibatkan perbalahan antara kumpulan Hadi dan kumpulan pemimpin lain dalam jawatankuasa pusat.
Pada ketika itu, para pemerhati melihat keretakan tersebut bakal memecah-belah PR dan membawa perpecahan dalam PAS sendiri.
Semasa kemuncak kes tersebut, peranan Anwar sebagai pendamai tidak signifikan dalam memujuk PAS menyokong keputusan PKR dan DAP yang sudah muktamad memilih calon menteri besar Selangor.
Semasa Ketua Umum PKR tersebut mengadakan pertemuan dengan Hadi dalam cubaan memujuknya bagi menyokong PKR dan DAP, Hadi dikatakan berang dan tidak bersetuju dengan beliau.
Jika Anwar dihantar ke penjara sekali lagi, ramai yang percaya PR mungkin berdepan cabaran lebih besar untuk kekal bersama ekoran perbezaan pendapat antara PAS dan rakannya.
Bagaimanapun, Anwar mempertahankan presiden PAS itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan Hadi merupakan halangan kepada perpaduan dalam PR.
"Saya tidak setuju dengan pandangan negatif yang orang cakap tentang Hadi. Saya mungkin tidak setuju dalam semua perkara dengannya, tetapi dalam isu ini (perpaduan PR)... Dia bersama kita semasa di Parlimen dan kami berbincang panjang.
"Beliau mungkin tidak hadir dalam mesyuarat PR, disebabkan sakitnya atau berada di luar negara. Tetapi beliau hantar satu pasukan (para pembuat keputusan tertinggi)."
Anwar bagaimanapun tidak komited siapa yang akan menggantikan peranannya dalam PR sekiranya beliau dipenjarakan.
"Mereka ada bincang perkara ini sebelum ini. Semuanya berbalik kepada persefahaman asal kita. Di mana mesyuarat (pimpinan PR) diadakan, ia akan dipengerusikan oleh parti yang menjadi tuan rumah.
"Jadi, kalau di PKR, Dr Wan Azizah akan pengerusikan, kalau PAS, Hadi dan begitu juga dengan DAP."
Anwar berkata, dengan adanya beberapa jawatankuasa antara parti yang menuntut pimpinan dari parti berbeza bekerjasama, pakatan pembangkang sekarang lebih teratur berbanding waktu ia mula ditubuhkan pada 2008.
“Kita ada jawatankuasa pilihan raya, jawatankuasa setiausaha agung, mesyuarat berkala antara menteri besar dan ketua menteri.
“Pengumuman dibuat pemimpin kanan tetapi yang bekerja ialah pemimpin muda kami, contohnya dalam bajet bayangan, kita ada (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli, (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS) Dr Dzulkefly Ahmad, (Ketua DAP Johor) Liew Chin Tong.
“Sama juga dengan jawatankuasa pilihan raya, di mana kita ada (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali dan (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS) Dr Hatta Ramli. Peranan pemimpin ini semua tidak boleh dinafikan." – 25 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/krisis-selangor-bukti-pakatan-mampu-kekal-tanpa-saya-kata-anwar#sthash.sqJ3uUS7.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.