Sunday, October 26, 2014

KPN Gagal Menangani Isu "MESIN JUDI HARAM" ???


Tahukah Anda?? Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah gagal menangani isu mesin judi haram di negara ini.
Cara pendekatan Khalid menangani masalah pusat judi haram ini adalah amat berbeza ketika beliau menyelesaikan isu Pusat Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dan siri tangkapan terpilih di bawah 'Akta Hasutan' ke atas pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Selaku Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak pernah dilaporkan turut turun padang dalam operasi serbuan pusat judi haram.

Menurut laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terdapat lebih 25,000 pusat judi haram di negara ini. Angka yang besar ini amat mengejutkan kita.

Kenapakah aktiviti lebih 25,000 pusat judi haram ini dibiarkan berleluasa tanpa tindakan yang tegas dari PDRM??

Kenapakah anggota-anggota PDRM menjadi lemah longlai apabila berhadapan dengan taukeh-taukeh judi haram ini??

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.